ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan

4/09/15

Pendakwaraya Peancis sahkan sayap ditemui di Pulau Reunion milik MH370

Pendakwaraya Perancis mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Menurut laporan Reuters, pendakwaraya Perancis berkata seorang juruteknik daripada Airbus Defense and Space (ADS-SAU) di Sepanyol yang membuat alatan untuk Boeing, mengesahkan satu daripada 3 nombor yang ditemui di serpihan sayap itu adalah nombor siri bagi MH370 Boeing 777.

"Jadi, ia boleh memberikan pengesahan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai 2015 sepadan dengan milik MH370," kata pendakwaraya itu dalam satu kenyataan.


Seorang juruteknik Airbus Defense and Space (ADS-SAU) di Sepanyol yang membuat alatan untuk Boeing, mengesahkan satu daripada 3 nombor yang ditemui di serpihan sayap itu adalah nombor siri bagi MH370 Boeing 777. – Gambar fail Reutersm 4 September, 2015.


Serpihan sayap berkenaan ditemui di pantai pulau jajahan Perancis itu pada 29 Julai lepas.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dari radar pada 8 Mac 2014, bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui itu adalah milik MH370. – Bernama

30/07/15

gambar - Serpihan misteri di Lautan Hindi mungkin daripada MH370

SEORANG lelaki memerhatikan serpihan sayap pesawat yang dipercayai bangkai MH370 yang ditemukan di p
Sekeping serpihan kapal terbang dijumpai terdampar di pulau La Reunion, di Lautan Hindi pada Rabu, mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, lapor AFP.

Serpihan misteri berukuran 2 meter itu kelihatan seperti sebahagian daripada sayap kapal terbang, ditemui mereka yang sedang membersihkan pantai.

“Ia diselaputi kulit kerang, jadi boleh dikatakan ia sudah lama berada dalam air,” seorang saksi dipetik berkata kepada AFP.



Pegawai pengangkutan udara Perancis sudah mula menyiasat dari mana asal serpihan itu.
Xavier Tytelman, pakar keselamatan udara berkata, ia mungkin serpihan milik MH370 yang hilang tanpa kesan pada 8 Mac, 2014.

Beliau menyatakan gambar media tempatan menunjukkan "persamaan yang luar biasa antara flaperon #B777 dan serpihan yang ditemui," merujuk kepada sebuah Boeing 777, model pesawat yang hilang itu.

Sepanjang tempoh kehilangannya, tidak ada satu pun serpihan daripada pesawat itu ditemui, menjadikan ia misteri terhebat dalam dunia penerbangan.

Pihak berkuasa Malaysia mengisytiharkan semua penumpang dan anak kapal MH370 maut, pada Januari lalu.

Pesawat itu, yang membawa 239 penumpang dari 14 negara berbeza, sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Ia berlepas pada 12.41 pagi pada Sabtu, 8 Mac, 2014 dan sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi hari sama.


15/06/14

100 hari MH370: Kehilangan masih dianggap misteri

 MH370

SHAH ALAM – Menjelang 100 hari kehilangan MH370, ia masih menjadi misteri malah usaha mencari dan menyelamat masih gagal menemui sebarang petunjuk walaupun hampir setiap inci Laut Hindi telah ‘dibongkar’.

Pelbagai reaksi ditunjukkan orang ramai termasuk pembaca Sinar Harian yang rata-rata masih berharap agar semua penumpang MH370 itu kembali ke bumi Malaysia dengan selamat.

Ariah Yah berpendapat harapan akan diberi kepada mereka yang berharap dan menyifatkan segala yang berlaku adalah atas ketentuan ALLAH.

“Kita hanya manusia biasa tak dapat nak meneka apa yang ALLAH telah tentukan. Kini yang ada hanya satu harapan agar ALLAH tunjukkan segala yang disembunyikan dari mata kasar kita semua.

“Memang terasa semakin hilang harapan itu namun bagi yang berharap akan ada harapan Insya-ALLAH. Doakan saja kerana doa bukan kena bayar pun,” katanya yang dipetik di Facebook Sinar Harian.

Sementara, ramai pembaca lain yang tetap mendoakan agar semua penumpang MH370 itu pulang dengan selamat.

Mila Karmila Ross menulis, “saya tetap berdoa semoga semuanya selamat.”

Ai Nik pula menulis, “saya berharap agar anak kapal dan penumpang MH370 pulang dengan selamat.”

Fairul Anuar pula yakin MH370 akan ditemui dengan ketentuan ALLAH.

Teori demi teori berlegar sejak hari pertama kehilangan pesawat MAS itu dan sehingga hari ini, ia masih kekal menjadi teori.

Ada laporan menyebut MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera AS di Lautan Hindi, Diego Garcia dan ada juga yang mengatakan penduduk melihat pesawat yang ciri-cirinya menyamai MH370 terbang rendah di kepulauan Maldives.

Malah seorang lagi pembaca Sinar Harian, Jimi Rashdan Jamaludin membangkitkan soal teori tersebut.

“Dari segi kepercayaan, serahkan pada Illahi, dari sudut kehidupan MH370 adalah pesawat canggih yang mana bila terhempas ia akan menghantar isyarat secara automatik ke Boeing dan juga pemilik.

“Mana mungkin ia terhempas. Sehingga kini, pihak tertentu menyembunyikan sesuatu, mengapa pangkalan tentera Amerika Syarikat di Lautan Hindi tidak menyatakan apa-apa laporan, sehingga ada teori menyatakan ia singgah di Maldives bagi mengisi bahan bakar. Maldives berada berhampiran Lautan Hindi laluan ke pangkalan tentera AS itu,” kata seorang lagi pembaca,

Malah Jimi Rashdan juga berpendapat pesawat MH370 tidak terhempas ekoran tiada penemuan sebarang serpihan sehingga ke hari ini.

Faieza Najieza pula berpendapat misteri MH370 hanya mereka yang terlibat dan Yang Maha Berkuasa mengetahui perkara itu.

“Banyak rahsia yang tersimpan. Hanya mereka dan Yang Maha Kuasa mengetahuinya,” tulisnya.

Sementara, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata usaha pencarian MH370 akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan bantuan negara-negara seperti China dan Australia.

Katanya, menerusi hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan dua negara terbabit serta negara Asean lain, operasi pencarian menjadi lebih mudah.

Isnin lalu, beliau mendedahkan kos mencari dan menyelamat MH370 bagi fasa pertama membabitkan RM27.6 juta.

Jelasnya, kos tersebut adalah kecil jika dibandingkan dengan kos yang dikeluarkan negara lain untuk menggerakkan aset dan jentera pencarian yang menelan belanja lebih US$23juta (RM73.5 juta).

Kos tersebut digunakan untuk pembiayaan awal bagi menggerakkan aset milik kerajaan Malaysia dan tentera dari segi kos bahan api (minyak), makan dan minum pasukan pencarian.

4/05/14

MAS salahkan perisian laporan 'MH370 di ruang udara Kemboja'

MH370 Malaysia Airlines (MAS) telah menyalahkan perisian yang ia gunakan untuk mengesan pesawatnya, berhubung laporan yang salah kepada pengawal trafik udara bahawa MH370 terbang di ruang udara Kemboja kira-kira sejam selepas ia hilang.

MAS menjelaskan bahawa ia membuat unjuran itu berdasarkan 'flight-following system' yang memaparkan unjuran kedudukan pesawat itu dan bukan lokasi sebenarnya.

Sistem ini juga tidak memberi amaran kepada MAS jika terdapat apa-apa yang tidak normal, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan yang dihantar lewat malam tadi.

Katanya sistem itu akan terus memaparkan unjuran laluan penerbangan

pesawat itu dan lokasinya sehingga diberitahu sebaliknya oleh juruterbang.

Di samping itu, walaupun peta sistem itu menunjukkan bahawa MH370 sepatutnya berada dalam ruang udara Vietnam pada masa itu, tetapi label peta untuk Vietnam telah hilang apabila diperincikan (zoom).

Perkataan 'Kemboja' yang dipaparkan oleh sistem penerbangan itu di skrin apabila diperincikan (zoom) membuat Malaysia Airlines menyimpulkan bahawa pesawat terbang di ruang udara Kemboja.

Sebenarnya, kata kenyataan itu, pada masa itu, kira-kira jam 2.15 pagi 8 Mac, pesawat itu terbang di ruang udara Selat Melaka, tetapi tidak dikenal pasti sehingga hari berikutnya kerana transponder pesawat itu sama ada dimatikan atau rosak.

Katana, bagi 'flight-following system' beroperasi dengan jayanya dan berkesan, adalah penting untuk mempunyai gambaran visual kedudukan pesawat, ditambah dengan pengesahan oleh komunikasi udara-ke-darat, seperti melalui komunikasi sistem laporan pesawat (Acars), komunikasi satelit atau frekuensi paling tinggi atau radio berfrekuensi tinggi.

Dalam kes mengesan MH370, katanya, 'flight-following system' pesawat itu menunjukkan bahawa ia terbang, tetapi tidak ada komunikasi dari atau dengan juruterbang.

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun menegaskan bahawa ia merupakan tanggungjawab pengawal trafik udara untuk mengesan pesawat tersebut, dan syarikat itu hanya menggunakan 'flight-following system' untuk membantu juruterbang berkaitan keadaan cuaca atau lencongan laluan.

3/05/14

MH370: Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala

 

Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala berhubung laporan syarikat pencarian yang berpangkalan di Adelaide, Australia yang percaya mereka mungkin telah mengesan serpihan pesawat MH370.

Ketua Penyelaras Pusat Tindakan Bersama, Angus Houston berkata kini tiga kapal tentera laut Bangladesh sedang memantau kawasan itu yang sebuah daripadanya dilengkapi keupayaan mengesan bunyi gema.

"Namun saya yakin dengan semua bukti yang ada di hadapan kami, usaha gigih yang pasukan sedunia temui, analisis "handshake' manual antara pesawat dan satelit.

"Dan juga kerja stimulasi yang dilakukan bagi mendefinisi kawasan di selatan Lautan Hindi. Saya yakin kawasan berkenaan di selatan lautan (Hindi) merupakan tempat pencarian yang betul dan saya pasti masanya akan tiba kami menemui pesawat di kawasan itu di Lautan Hindi," katanya.

Houston berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Presiden Biro Siasatan Kemalangan Penerbangan Perancis (bekas ketua pasukan siasatan Air France 447) Jean-Paul Troadec, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Dilaporkan syarikat berkenaan GeoResonance telah mendakwa menemui serpihan pesawat, kira-kira 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.

Mengenai petunjuk baharu itu, Hishammuddin berkata beliau pada mulanya melihat kemungkinan memperoleh kapal yang sesuai untuk mencari di kawasan itu bagi mengesahkannya.

"Tetapi, saya ingin tekankan dengan berbuat demikian, kami mengubah diri kami daripada pencarian utama. Jika kami pergi ke sana dan hasilnya didapati negatif, siapa yang akan bertanggungjawab dengan masa yang terbuang itu. Dengan menghantar lebih banyak kapal (ke Teluk Benggala) akan menjejaskan pencarian di kawasan pencarian (sekarang)," tambahnya.

Hishammuddin berkata usaha pencarian MH370 adalah mencabar, namun kesemua pasukan antarabangsa berazam untuk meneruskan dengan fasa baharu pencarian.

Mengenai operasi Bluefin-21, Houston berkata tugas kenderaan autonomi bawah air (AUV) itu, sebagai respons kepada transmisi yang diterima di kedalaman (lautan) beberapa minggu lalu, adalah petunjuk paling memberangsangkan yang dimiliki, pada masa itu.

"Mereka (tansmisi) di kawasan pencarian yang didefinisi pasukan antarabangsa dan mereka terletak di garisan lingkungan ping ketujuh. Bila kami memperoleh transmisi daripada kedalaman, ia nyata kami terpaksa turun dan melihatnya.

"Kami menghntar Bluefin di kawasan itu. Setakat ini, ia tidak menemui apa-apa dan setakat ini kami telah meliputi 500 kilometer persegi. Itulah caranya," tambahnya.

Beliau masih berharap Bluefin - yang bertugas sehingga akhir bulan ini - mungkin menemui sesuatu.

"Saya mesti berkata peluang mencarinya (MH370), Saya fikir kemungkinannya adalah lebih rendah daripada ia memulakan pencarian," katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 230 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang dari radar skrin kira-kira sejam kemudian semasa di Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Selepas 17 hari kehilangannya, penerbangannya didapati berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

2/05/14

Laporan awal MH370 timbul banyak persoalan daripada jawapan

 Menteri Pertahanan Datuk Hishammuddin Hussein dengan pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Laporan awal mengenai kehilangan pesawat MH370 mendedahkan tiada komunikasi antara tentera dan DCA walapun kedua-duanya berkongsi kemudahan kawalan trafik di Subang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mei, 2014.

Lebih banyak persoalan ditimbulkan tentang kehilangan misteri penerbangan MH370 lapan minggu lalu, terutamanya respons daripada pihak berkuasa berkenaan – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan tentera – selepas pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) hilang bersama 239 orang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga merupakan pemangku Menteri Pengangkutan mengeluarkan laporan awal malam tadi, laporan sama dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) minggu lalu.

Ia termasuk butiran kargo yang dibawa dan rakaman perbualan di antara juruterbang penerbangan itu dan pusat kawalan trafik udara apabila ia hilang pada 8 Mac semasa dalam perjalanan ke Beijing.Akan tetapi ia turut mendedahkan jurang yang menyebabkan penerbangan MH370 menjadi “misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.

Pesawat itu masih belum ditemui walaupun misi pencarian, bermula di Laut China Selatan dan diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, sudah menelan belanja berbilion dolar.

Selain itu, laporan tersebut menunjukkan tiada komunikasi di antara DCA dan tentera, sesuatu yang pelik memandangkan kedua-duanya berkongsi kemudahan kawalan trafik udara di lapangan terbang di Subang.- TMI

26/04/14

Ahli keluarga MH370 tahan kakitangan MAS di Beijing

Anggota polis berkawal di depan Kedutaan Malaysia di Beijing berikutan ahli keluarga penumpang MH370 mengadakan protes, hari ini. Gambar Reuters. 
 Anggota polis berkawal di depan Kedutaan Malaysia di Beijing berikutan ahli keluarga penumpang MH370 mengadakan protes, hari ini. Gambar Reuters.


Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel di Beijing oleh ahli keluarga penerbangan MH370 semasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati untuk mendapatkan butiran berhubung kehilangan pesawat itu, pada 3 petang 24 April.

Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata lebih 200 anggota keluarga meminta seorang pegawai Malaysia hadir memandangkan hanya kakitangan MAS yang hadir semasa sesi taklimat.

"Seramai 10 kakitangan syarikat penerbangan itu kemudian dimaklumkan supaya menunggu di dewan utama sementara sekumpulan 60 ahli keluarga pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendapatkan pegawai kerajaan menghadiri taklimat itu."Kumpulan itu kemudian melepaskan kakitangan itu pada 1.44 pagi, 25 April," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi dalam satu lagi insiden, penyelia keselamatan MAS, S Kalaichelven diserang seorang ahli keluarga rakyat China semasa bertugas di Lido Hotel di Beijing pada 22 April.

"Kakitangan syarikat penerbangan itu cuba menghentikan tindakan agresif seorang ahli keluarga terbabit yang menuntut akeses kepada sekretariat, apabila dia menendang staf berkenaan di lutut kirinya.

"Mereka yang berada di tempat kejadian dapat meredakan keadaan dan kemudian membawa Kalaichelven ke sekretariat untuk mendapatkan bantuan pertolongan cemas," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kakitangan terbabit hanya cedera ringan dan MAS membuat laporan polis berikutan insiden itu. – Bernama

25/04/14

Apa akan berlaku jika MH370 tidak ditemui?

 Semakin lama misi pencarian pesawat MH370, semakin harapan menipis bagi ahli keluarga penumpang dan krunya. - Gambar The Malaysian Insider.

Meskipun Malaysia dan Australia memberi jaminan pencarian akan diteruskan terhadap pesawat Malaysia Airlines MH370, kurangnya petunjuk membuatkan ramai tertanya-tanya: Bagaimana jika pesawat Boeing 777-200ER itu tidak ditemui?

Semasa permulaan misi carian antarabangsa itu, persoalan sedemikian tidak terlintas oleh penyiasat dan orang ramai, namun semakin lama, ia bakal menjadi kenyataan yang pahit.

CNN melihat apa akan berlaku sekiranya pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang tanpa dapat dikesan.1. Ia akan lenyap dan menjadi misteri dunia.

Kehilangan pesawat mungkin akan setara dengan misteri kehilangan Amelia Earhart. Juruterbang wanita yang hilang ketika cubaan pertama mengelilingi dunia menaiki pesawat Equator pada Jun 1937 menimbulkan pertanyaan.

Misi carian gagal mengesan sebarang jejak, pemandu arah Frederick Noonan mahupun pesawatnya. Sesetengahnya percaya mereka kehabisan minyak dan terhempas di laut – teori sama yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines, kata CNN.

Kemudian, adanya Segitiga Bermuda.

Banyak kapal laut, pesawat dan orang hilang di kawasan pertemuan Lautan Atlantik, "segitiga" dari Bermuda, Miami dan San Juan, Puerto Rico.

Pegawai AS melaporkan puting beliung, ribut petir secara tiba-tiba, arus Teluk dan perairan Caribbean yang cetek bukti munasabah kehilangan kapal.

Namun sehingga kini tiada penjelasan kehilangan pesawat MH370, kata CNN.

Misteri tidak semuanya kekal misteri.

Dua tahun pasukan pencari menemui kotak hitam pesawat Air France 447, yang terhempas di Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009 ketika dalam perjalanan ke Paris dari Rio dengan 228 penumpang.

Meskipun lokasinya diketahui, sukar untuk mencari pesawat itu.

Tiada GPS mahupun carta lautan ketika 1912 ketika RMS Titanic karam di Utara Atlantik. Hanya pada 1985 kapal pelayaran mewah British itu ditemui.

Tempoh 73 tahun itu suatu tempoh yang lama, namun sesetengah jawapan memerlukan masa, kata CNN.

2. Keluarga tidak didedahkan berkenaan tragedi

Wajah-wajah muram keluarga menaiki pesawat MH370 menjawab segalanya.

"Semakin lama peluang anak saya dan penumpang lain untuk ditemui semakin kecil," kata waris penumpang warganegara China.

"Untuk mengetahui orang itu hidup kita perlu melihat mereka. Untuk tahu orang itu mati kita nampak mayatnya. Itu sahaja," kata Wen.

Emosi keluarga berkecamuk. Percanggahan maklumat dan kelewatan pegawai Malaysia menimbulkan kemarahan.

Semakin sebak apabila tiada mayat untuk dikebumikan. Bagaimana mahu melepaskan tanpa mengucapkan selamat tinggal?

Harapan masih membara di jiwa Prahlad Shirsath, suami kepada isterinya yang menaiki pesawat itu.

"Jauh di lubuk hati saya merasakan dia akan kembali," katanya kepada CNN.

"Dia akan pulang kerana tiada sebab untuk putus harapan," katanya.

3. Penemuan palsu yang memusnahkan harapan

Setiap beberapa bulan atau tahun, akan timbul teori kehilangan pesawat – atau menemui apa yang mereka percaya sebagai cebisan pesawat.

Ibu bapa Madeleine McCann mengetahui perkara ini, kata CNN.

Ketika berusia 3 tahun dia hilang pada 2007 ketika percutian keluarga di resort Portugis di bandar Praia da Luz. Kehilangannya menjadi perhatian luas media seluruh dunia dan kekal misteri selama 7 tahun.

Sejak itu juga timbul kisah kelibat McCann selepas diculik. Mereka menerima pelbagai janji. Namun Madeline masih tidak ditemui.

4. Pembayaran insurans besar-besaran

Masih belum diketahui jumlah pembayaran insurans yang akan dibayar Malaysia Airlines kepada waris penumpang, namun sudah pasti ia jumlah yang besar, kata CNN.

Sebahagian peguam yang berpengalaman menguruskan perkara seperti ini berkata jumlah setiap penumpang berkemungkinan US$400,000 (sekitar RM1.3 juta) hingga US$10 juta (RM33 juta).

Jumlah insurans yang diambil syarikat adalah antara US$2.5 bilion dan US$2.5 bilion setiap pesawat, kata CNN memetik Firma Dan Rose of Kreindler & Kreindler.

Jumlahnya sekitar US$10 juta setiap penumpang. Dengan 239 penumpang, ia lebih besar.

Di bawah amalan antarabangsa dikenali sebagai Konvensyen Montreal, syarikat penerbangan perlu membayar keluarga penumpang sejumlah pampasan US$150,000 hingga US$175,000, namun itu hanya permulaan.

Keluarga mangsa boleh membuat tuntutan.

Pembuat pesawat Boeing, juga bakal menjadi sasaran.

Namun, sehingga pesawat itu ditemui, keluarga tidak mempunyai banyak kes. Melainkan kematian tanpa mayat.

5. Akan berlaku perubahan polisi

Setiap nahas menyebabkan berlakunya perubahan polisi. Namun bila tidak diketahui puncanya, ia semakin sukar.

Penguatkuasa AS meluluskan 90 hari 'ping' isyarat disertakan dengan perakam data, jadi pasukan pencari mempunyai peluang lebih besar untuk menemui pesawat.

Beacon pengesan seharusnya memindahkan data 90 hari untuk memudahkan misi mencari pesawat di dalam air.

Pesawat MH370 mempunyai ketahanan bateri selama 30 hari. Isyaratnya semakin lemah ketika alat pengesan dilepaskan untuk mengesan kotak hitam.

Tambahan 60 hari mungkin akan membantu.

Menjelang 2015, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menetapkan kesemua pesawat baru mempunyai keupayaan 90 hari. Menjelang 2020, setiap pesawat akan memilikinya, kata FAA.

Malaysia sudah menghantar laporan awal pesawat MH370 kepada Badan Penerbangan Awam Antarabangsa, sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk penerbangan. Namun belum didedahkan kepada umum.

Namun, terdapat begitu banyak persoalan.

Adakah terdapat cara yang lebih baik untuk mengesan pesawat? Mampukah pesawat diikuti dengan satelit untuk mengesan pergerakan yang tidak boleh dimatikan?

Setiap telefon mempunyai GPS, mampukah kita menemui pesawat bernilai jutaan ringgit?

Agensi penerbangan PBB berkata kepada CNN, Malaysia berkata dunia industri penerbangan perlu melihat pengesan secara langsung pesawat.

Ia cadangan sama dikeluarkan selepas kejadian nahas Air France. Namun "tiada yang berubah".

Buat masa ini, harapan semakin menipis bagi menjumpai pesawat dan merungkai misterinya. -TMI

21/04/14

MH370: Keluarga tak setuju keluar sijil kematian

ANIS NAZRI

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang dan kru MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat.

Pengumuman tersebut akan dilakukan sejurus mendapat pengesahan daripada pakar berkaitan, kata Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370, Datuk Hamzah Zainuddin, seperti yang dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Hamzah yang juga Timbalan Menteri Luar, pelbagai pendekatan diambil bagi memastikan kehidupan waris penumpang diteruskan walaupun sukar menerima kehilangan ahli keluarga mereka.

Beliau berkata kerajaan turut melantik Naib Presiden MCA, Datuk Paduka Chew Mei Fun sebagai wakil khas Malaysia untuk sebarang sesi perbincangan bersama kerajaan China.

Bagaimanapun, kebanyakan keluarga penumpang enggan menerima pengumuman tersebut selagi tiada sebarang bukti kukuh yang diperoleh tentang kehilangan ahli keluarga mereka.

Di Shah Alam, waris kepada salah seorang penumpang pesawat terbabit, Mohamad Nizam Mustafa, 42 berkata keluarganya tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan mengumumkan tiada penumpang yang terselamat.

Abang kepada Suhaili Mustafa itu berkata cadangan kerajaan itu tidak masuk akal apabila hendak mengeluarkan sijil kematian, sedangkan tiada sebarang bukti kukuh menunjukkan semua penumpang dan kru meninggal dunia.

"Sehingga kini, keluarga masih menaruh harapan tinggi untuk Suhaili pulang selamat, berikutan tiada bukti menyatakan mangsa ditemui mati.

"Kami masih keliru dengan status mangsa nahas MH370 dan tidak bersedia mengisytiharkan kematian Suhaili. Perkara ini tidak boleh dilakukan kerana pencarian pesawat masih belum berakhir," kata beliau seperti dilaporkan.

Malah, beliau dan keluarga dikatakan tidak akan menerima tawaran jawatankuasa terbabit bagi mengeluarkan sijil kematian Suhaili, selain tidak melakukan sebarang tuntutan berhubung tawaran lain yang diberikan kepada Suhaili.

Perkara sama turut dirasai seorang lagi waris penumpang MH370, Tan Tuan Lay, 53 yang merupakan ibu kepada Chew Kar Moi, 31 tahun.

Beliau tidak menerima sijil kematian anaknya kerana berpendapat segala-gaknya masih tidak pasti.

Selagi tiada bukti kukuh bahawa anaknya memang sudah tiada, tambah beliau hatinya tidak akan menerima sijil tersebut.

Malah, beliau beranggapan seolah-olah semua pihak sudah berputus asa untuk terus mencari pesawat berkenaan yang sudah hilang sejak 44 hari lalu.

"Bagaimana kami hendak terima, sedangkan pelbagai spekulasi timbul, seperti ia tidak terhempas sebaliknya berada di suatu lokasi lain," kata beliau seperti dipetik.

Hatinya turut berat untuk menerima 'kematian' tersebut sedangkan bangkai atau serpihan pesawat tersebut langsung tidak ditemui.

16/04/14

Anwar Ibrahim menempelak Najib ' Rujuk terjemahan salah, kemudian hentam saya'

 
 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menyerangnya dalam isu MH370 berdasar laporan yang didakwa salah terjemah.

Bernama semalam melaporkan Najib membidas kenyataan Anwar yang dikatakan mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu dalam sesaat.

Agensi berita nasional itu memetik kenyataan Anwar dalam media China Southern Weekly pada 5 April yang dikatakan mampu berbuat demikian jika menjadi perdana menteri

"Bernama membuat terjemahan yang salah dalam laporan akhbar China Sourthen Weekly.

"Apa yang saya katakan adalah saya akan mengambil masa satu saat untuk mengambil keputusan tindakan yang perlu diambil untuk keselamatan rakyat bukannya menyelesaikan.

"Kerajaan BN telah merekayasa satu kenyataan dan menyerang dengan tidak merujuk kenyataan sebenar," katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu Anwar mencabar Najib dan kabinet beliau untuk menjawab pelbagai persoalan yang masih lagi timbul selepas lebih 40 hari pesawat itu hilang.

Bekas menteri kewangan itu mahu Najib menjawab mengapa sistem radar Marconi bernilai ratusan juta ringgit di Kedah dan radar tentera gagal mengesan kapal terbang yang berpatah balik merentasi lima negara termasuk Malaysia sebelum hilang di Lautan Hindi.

"Najib gagal jaga keselamatan negara.

"Mana-mana pesawat dan helikopter yang tidak mendapat kebenaran sepatutnya disiasat atau diiring tentera," kata beliau.

Anwar turut mempersoalkan mengapa kerajaan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein masih tidak mendedahkan daftar kandungan kargo pesawat yang masih misteri kerana didakwa membawa empat tan manggis dari Muar.

Beliau berkata kerajaan sepatutnya memberi maklumat agar rakyat dan media tidak membuat spekulasi bukan-bukan mengenai hal ini.

"Bukan kita tak hargai mereka yang bertungkus lumus bertugas mencari dan menyelamat tapi apa tugas kita kalau tak jaga keselamatan negara. Kita bukan TV3 dan Utusan sahaja. Rakyat harus dapat maklumat.

'Najib tak jawab apa-apa melainkan isu satu saat itu sahaja," kata beliau.- mkini

14/04/14

Tinjauan menunjukkan rakyat Malaysia yakin Putrajaya sembunyi maklumat MH370

Di sebalik harapan ramai supaya MH370 ditemui, kebanyakan rakyat Malaysia masih kurang yakin dengan kerajaan yang mengendalikan krisis kehilangan pesawat itu. Gambar fail The Malaysian Insider. 

Lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu kajian terbaru oleh The Malaysian Insider.

Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan Merdeka Center itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam respon kepada soalan sama ada mereka menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat, 26% berkata kerajaan jujur manakala 20% tidak pasti.Sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac, dakwaan ini dibuat beberapa kali oleh ahli keluarga daripada China bagi 229 penumpang dalam pesawat Boeing 777-200ER itu.

Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.

Sekali lagi, responden kaum Cina hampir sebulat suara tidak memberi komen yang positif terhadap kerajaan persekutuan yang dipimpin BN.

Angka tinjauan menunjukkan sedikit majoriti daripada responden India dan Melayu juga mempercayai Putrajaya menyembunyikan maklumat.

Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370.

Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.

Berhubung prestasi menteri Malaysia dalam menangani krisis MH370, 21% daripada responden berkata mereka sangat tidak berpuas hati manakala 19% sangat berpuas hati.

Walaupun Putrajaya menerima pelbagai kritikan daripada pihak tempatan dan antarabangsa sejak krisis MH370 itu, 51% responden berkata mereka yakin terhadap kerajaan.

Bagaimanapun, 45% responden berkata mereka hilang keyakinan terhadap Putrajaya selepas krisis MH370.

Responden turut ditanya sama ada prestasi Putrajaya dalam menangani krisis MH370 yang menyebabkan mereka lebih/kurang yakin terhadap kerajaan.

Beberapa hari selepas kehilangan MH370, Kementerian Luar China menggesa Malaysia mempercepatkan siasatan dan menyediakan maklumat yang lebih tepat.

Bagaimanapun, kritikan China terhadap penyiasatan Malaysia berhubung MH370 juga turut melepaskan keburukan tentang nasionalisme.

Kemarahan terhadap pengendalian penyiasatan Malaysia meletus di media sosial China, dan juga di jalanan dengan demonstrasi di luar Kedutaan Malaysia di Beijing.

Agensi Berita Xinhua milik kerajaan mereka mengatakan adalah sesuatu " yang tidak boleh dimaafkan " terhadap kekurangan kapasiti, usaha atau ketelusan di pihak Putrajaya.

“Orang Malaysia” menjadi perkataan popular bagi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan ketidakpercayaan; penyanyi Cina-Malaysia turut dikecam di internet.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, ahli keluarga dan saudara mara di Beijing tersentak.

Berdukacita dan marah tentang apa yang mereka namakan sebagai tempoh dua minggu yang penuh dengan "pembohongan dan maklumat mengelirukan " selepas MH370 hilang, ahli keluarga berarak ke kedutaan Malaysia.

Mereka membawa sepanduk dengan perkataan "Malaysia Airlines, anda berhutang penjelasan kepada kami”, "kerajaan Malaysia rasuah" dan "Mama, pulanglah".

Satu lagi perbalahan adalah laporan CNN pada Khamis yang memetik seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia sebagai berkata tentera udara melancarkan pencarian jam 8 pagi pada 8 Mac tidak lama selepas MH370 dilaporkan hilang.

Kedua-dua, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan itu. Bagaimanapun, CNN berkata ia berpegang kepada laporan itu.Sumber The Malaysian Insider.

13/04/14

Amerika nafi MH370 mendarat di pangkalan tentera Diego Garcia

 Pesawat Tentera Udara Australi (RAAF) E-7A Wedgetail dan dua Tentera Laut AS P-81 Poseidon pesawat patrol di landasan lapangan terbang di Perth semasa bersedia dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang. Akhbar Britain Daily Mirror hari ini melaporkan Amerika Syarikat menafikan pesawat MH370 mendarat di Diego Garcia ikutan khabar angin mengenainya. – Gambar Reuters, 12 April, 2014.

Amerika Syarikat (AS) menafikan pesawat Malaysia Airlines MH370 mendarat di pangkalan tentera mereka di lokasi terpencil di Diego Garcia, lapor akhbar Britain Daily Mirror.

Akhbar berkenaan melaporkan, jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan perkara itu di sebalik khabar angin dan spekulasi mengatakan pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal mendarat di sana."Tiada petunjuk mengatakan pesawat MH370 terbang berhampiran Maldives mahupun Diego Garcia.

"MH370 tidak mendarat di Diego Garcia," katanya dipetik laporan akhbar.

Beliau turut berkata, dalam usaha sama koordinasi misi carian pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu, tentera laut AS kini bekerjasama dengan Malaysia dan Australia, bersama 26 lagi negara.

Lokasi Diego Garcia sekitar 3,500 kilometer dari Malaysia.

Hari ini masuk hari ke-36 misi mencari pesawat berkenaan di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Bluefin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas.

Dua isyarat getaran akustik dikesan Selasa lepas oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis disahkan tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata bagi misi mencari pada Sabtu, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan pinger ditunda.

Menurutnya, AP-3C Orion turut meneruskan misi pencarian akustik, bersama-sama Ocean Shield dan kapal oseanografi HMS Echo.

"Tiada sebarang pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lepas," menurut JACC dalam kenyataan hari ini.

JACC berkata sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi pada Sabtu, melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi.

Kawasan pencarian bertumpu di sekitar kira-kira 2,331 kilometer barat laut Perth, katanya.

Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.

Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.

Sejak Jumaat minggu lepas, pasukan mencari mengesan enam isyarat, dua daripadanya dikesan kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April manakala Ocean Shield mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

Kotak hitam merekodkan data kokpit dan mungkin memberikan jawapan mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap MH370.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama. – TMI

12/04/14

MH370: Hishammuddin Nafi Laporan Akhbar Tempatan

Fariq Ab Hamid 

KLUANG,  -- Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.

Beliau berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.

"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak di sini, hari ini.

Menurutnya sejak insiden kehilangan pesawat itu, pihaknya mengambil pendekatan tidak mengesahkan sesuatu tanpa sebarang kerjasama atau pengesahan dengan pihak lain.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas.

Hishammuddin berkata pasukan penyiasat menerima pelbagai petunjuk di Laut China Selatan termasuk mengenai imej satelit oleh China, penemuan jaket dan bot keselamatan serta tumpahan minyak yang kononnya berkaitan dengan MH370 menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas dari Laut China Selatan ke Laut Andaman dan kini di Lautan Hindi.

"Kita terima macam-macam petunjuk dan kita mengikutinya tetapi malang ia adalah hanya 'roller coaster ride', di mana kita terima maklumat dan siasat tetapi ia tidak berasas," jelasnya.

Beliau berharap orang ramai memahami apa yang pihaknya sedang lalui kerana maklumat tidak berasas bukan sahaja menjejaskan operasi tetapi juga memberi ksan kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Pesawat Boeing 777-22ER itu hilang daripada radar kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Terdahulu, Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Semberong mengetuai kira-kira 500 jemaah menunaikan solat hajat bagi keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

Beliau berkata penganut Buddha dan Hindu di Parlimen Semberong turut mengadakan upacara keagamaan masing-masing bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang R.Vidyanathan dan anggota DUN Paloh Teoh Yap Kun mengetuai upacara itu bagi penganut agama masing-masing.

-- BERNAMA

6/04/14

#MH370 - Satu lagi isyarat dikesan

 
 MH370
PERTH - Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan satu isyarat ketika menyertai operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi awal pagi tadi.

Perkembangan terbaharu ini menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.

"Kapal HMS Echo dalam perjalanan ke lokasi Haixun 01 manakala Ocean Shield sedang menyiasat isyarat itu menggunakan peralatan bawah permukaan air," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya jarak antara Haixun 01 dan Ocean Shield ialah kira-kira 300 batu nautika.

Houston menyifatkan Ocean Shield sebagai kapal terbaik untuk tugas itu memandangkan aset tersebut dilengkapi 'towed pinger' (alat pengesan isyarat yang ditunda) dan kenderaan bawah permukaan air kawalan jauh.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pengesahan isyarat itu boleh mengambil masa beberapa hari selain pencarian yang sukar kerana kedalaman di kawasan berkenaan ialah kira-kira 4.5 km di samping pelbagai cabaran lain.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 239 orang hilang tanpa jejak ketika di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lalu.

Analisis data satelit kemudian menunjukkan pesawat mengubah haluan jauh daripada laluan asal dan penerbangan berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

5/04/14

Teori Konspirasi !! Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370?




SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.

“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.

Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini.- SinarHarian


Baca artikel dibawah, menarik juga teori ini mungkin ada kaitan dengan konpirasi kuasa besar seperti apa yang Prof Dr Mohamad Abu Bakar kata ?



Teori Konspirasi;

1. Drone system dan kelengkapan d rampas oleh taliban
2. Taliban nak jual ke Rusia, tp Rusia ada isu d ukraine
3. Jual kat China, sbb China nak sangat teknologi drone
4. Agen US & Israel dpt nyusup masuk
5. Brg rampasan dah sampai ke Malaysia
6. Teori Freescale terbabit dlm hal ni
7. MAlaysia share code dgn China Airline
8. Nasib tak baik turn MAS bertugas ke China
9. AWACS jamming MH370
10. Plane diverted to Lautan Hindi
11. Safe landing d Diego Garcia utk unloaded precious cargo
12. Departed without pilot
13. crashed at south hindi ocean

Note;
1. Masa yg panjang buat searching d laut china selatan
2. China sungguh2 menolong demi kargo
3. las minit baru US masuk tolong sungguh2
4. All the sudden Australia tolong
5. Freescale staff ke China for newly built chips
6. Urgyur saintis expert in Aeroplane Engine

Addendum;
1. Worldwide Israel Embassy tutup kedai dgn alasan takda duit
2. After 9-11, all newly plane ada function remote fly from control center to curb hijack and terrorist.

Klik sini Video inside 

1/04/14

" salinan transkrip "'Tiada luar biasa dari komunikasi akhir MH370'

 

Selepas 25 hari, pihak berkuasa Malaysia akhirnya hari ini mengeluarkan transkrip komunikasi terakhir pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pengawal trafik udara.

Pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (lihat gambar, paling kanan) berkata, tiada apa yang luar biasa daripada transkrip itu.

“Tiada tanda-tanda apa yang tidak normal dalam transkrip itu.

"Transkrip itu sebelumnya tidak didedahkan kerana menjadi sebahagian daripada siasatan polis,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Hishammuddin juga berkata, dokumen itu turut didedahkan kepada anggota keluarga.

Baca salinan transkrip itu disini

Ramai tak puas hati cara tangani isu MH370

 
Satu tinjauan terbaru oleh Merdeka Center menunjukkan ramai dari kalangan pengundi yang ditinjau menyatakan rasa tidak puas hati ke atas tindakan kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370.

Laporan yang dikeluarkan firma penyelidikan bebas itu menujukkan 50 peratus daripada 513 orang berpendapat demikian, berbanding 43 peratus yang menyatakan rasa puas hati.

Tinjauan itu dijalankan dalam tempoh 13 Mac hingga 20 Mac.

Menurut tinjauan tersebut, 50 peratus dari responden tidak berpuas hati dengan pengurusan krisis, manakal 43 peratus lagi berpuas hati.

Pecahan responden berkenaan menunjukkan lebih ramai pengundi dari kaum bukan Melayu yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan – 74 peratus dari masyarakat Cina dan 59 peratus pengundi India.

Sebaliknya, 63 peratus pengundi Melayu menyatakan rasa puas hati, berbanding 30 peratus yang tidak berpuas hati dari pecahan sama.

Golongan yang lebih banyak berpuas hati itu pula didapati terdiri dari golongan penjawat awam (53 peratus) dan yang tidak bekerja secara rasmi (50 peratus).

21/03/14

Australia kata Serpihan MH70 mungkin telah tenggelam



Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata objek yang dilihat pada hari Jumaat pada imej satelit yang mencetuskan usaha mencari pesawat MH370 jauh di selatan Lautan Hindi, mungkin telah tenggelam.

Imej-imej satelit itu diambil pada 16 Mac.

Bercakap kepada pemberita di Perth, Truss berkata, ia mungkin tidak terapung lagi.

"Ia mungkin telah tenggelam".

Truss berkata, usaha mencari diteruskan di lautan yang bergelora itu membabitkan kawasan 2,500 km (1,500 batu) di barat daya Perth, dan Australia, New Zealand dan pesawat AS akan disertai oleh pesawat China dan Jepun pada hujung minggu.

Sementara itu, setakat ini para penyiasat tidak menerima bukti bahawa dua objek dikesan oleh satelit di lautan, kata seorang pegawai tinggi Malaysia hari ini.

"Saya menerima laporan sepanjang pagi ini. Belum ada lagi sokongan positif mengenainya," kata Menteri Pertahanan yang juga pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian selepas pasukan mencari menyambung operasi mengesan MH370 di kawasan tersebut.

Anwar - 'Media asing beratur temubual saya isu MH370'

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membidas kepimpinan kerajaan BN dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370, dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang.

Anwar berkata media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa cara pengurusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinet yang didakwanya gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai perkara ini.


"Semalam CNN, selepas ini media UK, kemudian media China pula akan temuramah saya.

"Saya tanya kenapa temuramah saya, saya bukan perdana menteri. Mereka jawab, kami mahu jawapan," katanya.

Ketua umum PKR itu juga menempelak pihak yang menuduh beliau cuba mempolitikkan isu tersebut, ketika berceramah di Taman Mewah, Kajang malam tadi.

"Mereka (BN) marah bila saya ditemuramah. (Mereka kata) Anwar ini siapa?. Tetapi semua orang mahu maklumat.

"Di Australia, PM Tony Abbot dapat maklumat terus bentang di Parlimen. Berbeza dengan PM Malaysia," kata beliau merujuk keengganan Parlimen membahas hal pesawat dan sesi taklimat isu ini yang hanya melibatkan ahli parlimen BN kelmarin.

Dalam temuramah bersama CNN semalam, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata radar Malaysia sepatutnya berkemampuan mengesan pesawat MH370 yang hilang.

Bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu berkata, pada masanya Malaysia telah membeli sistem radar Marconi yang merupakan antara paling berkesan di dunia untuk kawasan Utara Malaysia.

"Saya menteri Kewangan (ketika itu) saya bayar (untuk kerajaan)... Saya tahu radar di utara dan pantai timur boleh tengok kapal terbang yang lalu siang, malam, pagi, petang," kata beliau kepada kira-kira 200 hadirin malam tadi.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac, dan operasi mencari dan menyelamat dianggap terbesar dalam sejarah penerbangan.

Chris Goodfellow : Kapten Zaharie adalah wira yang bertarung selamatkan MH370

 

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.


"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui. -sumber

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud