ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan

18/01/13

Kerana NAJIB Kelas Fardu Ain kena batal..??


Tu dia...

Kerahan tenaga wehh !!!...

"Semua cikgu dan cikgi KAFA   akan menghadiri program bersama YAB. Dato Najib pada 20 jan [ahad] ..sekian terima kasih"

Isunya disini bukan pasai pembatalan kelas fardu ain.Tetapi lebih kepada arahan wajib yang dikenakan terhadap semua kakitangan awam bila ada sesatu program yang melibatkan pembesar Umno/BN.

Penulis rasa jika tiada arahan  mewajibkan kakitangan awam hadir ke program lawatan pembesar Umno rasanya majlis akan menjadi suram dan sepi.. hanya kerusi dan meja yang bertepuk sorak ..ha ha ha..

Cukup jauh bezanya antara himpunan pemimpin pembangkang dengan himpunan pembesar Umno. Himpunan pembesar umno mengunakan kaedah kerahan dan wajib serta disulam dgn sogokan ,tetapi himpunan pimpinan Pakatan Rakyat hadiran yang hadir datang berbondong bodong dengan ikhlas hati siap dengan menginfak duit poket untuk menjayakan progran PR.

Orang BN boleh tiru macam ahli Pakatan Rakyat buat ?

Style orang BN Kalau tiada pengakutan percuma, bihun + air mineral  sebotol dan duit poket jangan harap la orang BN nak hadir ...Opsss lupa kalau tiada program rebut sekampit beras jagan mimpi la mereka akan hadir kikiki...

Ok.. kepada murid murid yag telibat dengan penutupan kelas fardu ain ..jangan ingker [seronok sangat] , adik adik boleh buat ulang kaji dirumah ,jagan pulak mengambil kesempatan menonton  cerita ultraman pulak ha ha.

ZusSSSS...Asal Buka Umno .

3/12/12

Hadoi !! kenapa najib pening kepala dengan keputusan ini ??



Hari ini buka Sinar harian online  ada perkara menarik yang penulis lihat iaitu keputusan undi yang di buat oleh Sinar Online diantara BN dan Pakatan Rakyat dan hasil yang di perolehi dari pengundian pembaca memihak kepada Pakatan Rakyat didalam semua jenis soalan pengundian.

Walaupun ini hanya bancian  dari Akhbar Sinar harian dan bukan mewakili  dari pengundi sebenar tetapi sedikit sebanyak  membuat kepala Najib Tun Razak pusing dan pening .

Terbukti satu contoh ketara kepala najib pusing dan pening  ialah belum pernah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia tarikh pembubaran parlimen menghampiri keakhir mandat pemerentahan,  mandat kerajaan BN hanya berbaki 4 bulan  sahaja tetapi masih belum kedengaran tarik keramat pembubaran dewan rakyat yang sangat di tunggu tunggu oleh orang ramai.


Selepas kejutan pada PRU12 yang di gelar 'Tsunami politk " susaana politik Malaysia dilihat agak panas dan bergelora. Dari pembentukan kerajaan oleh kompenan BN  sehingga la kesaat ini  senario politik sentiasa panas.Saban hari ada sahaja isu isu  yang  timbul dari semua parti politik.

Berbalik kepada keputusan yang di capai pada pengudian dalam sinar online walaupun ia memihak kepada Pakatan Rakyat dan mengembirakan penyokong  tetapi harus diingat ini hanyalah bancian  semata mata.

Kepada penyokong PR Jangan syok sangat akan keputusan pengundian ini,Biarkan Najib dan grombolannya pening kepala yang penting kita semua terusukan perjuangan dengan mempertingkatkan lagi keazaman dan gerak kerja parti  untuk menghadapi hari pengundian yang sebenar.

Kepada penyokong PR Ayuh jangan kita toleh kebelakang , gerakan kerja parti anda semaksima yang boleh dengan tujuan yang satu iaitu untuk menjatuhkan Umno/BN  Kerana pada pru 13 ini peluang dan pontensi untuk Pakatan Rakyat menawan Putra Jaya di lihat  bergitu cerah.

Akhir sekali jangan sekali kali kita alpa akan permainan licik musuh  dan menganggap Umno/Bn itu lemah.Sesungguhnya  Umno itu sungguh licik dan pandai dalam permaian politik. mereka mempunyai segalnya dari kewangan,media,penggunaan jentera kerajaan dan sebagainya yang akan di gunakan untuk memanupulasikan PRU13 ini.









 


 
×

×

×

×
×

×

20/10/12

Apa !! Najib Pondannnn??

 


Maaf berkasar bahasa sikit , dengan ini saya cop Najib Pondannnn...!! kerana kengganan beliau mengulas atau menyanggah kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.

"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Selaku Pendana Menteri serta ketua bagi kompenan BN sepatutnya beliau berani menegur akan kesilapan rakan sejawatnya dari MCA supaya tutup mulut  jangan menpersenda senda hukum hakam  ehwal agama islam.

Cukup di kesali dengan jawapan ringkas Najib  seolah olah  dilihat seperti  teperangkap dalam isu ini  bak kata perpatah " ditelan mati emak kalau di luar mati bapak" diantara agama atau undi orang orang cina .

Kini antara DAP dan MCA kita boleh lihat dengan jelas betapa MCA lebih vokal  penentang terhadap islam berbanding DAP.Dulu mereka sering menuduh Parti DAP ektrem dan cauvanis tetapi tindak tanduk serta kelantangan Chua Soi Lek telah mengubah segala persepsi negatif terhadap DAP.

Mengulas pun Najib malas  adakah kita yakin Najib dan ahli Umno yang lain boleh bagi pemahaman kepada sekutu BN yang bukan beragama islam tentang isu hudud ?sudah tentu tidak ,kalau mereka faham sudah tentu Chua Soi Lek tidak selantang ini .Ini semua disebabkan kefahaman mereka tentang agama islam amat cetek.

Jika semua manusia tak kira orang Pas,Umno ,Dap,Mca,Mic dan sebagainya  faham dan tunduk kepada hukum ini nescaya negara kita akan aman dan damai.Tidak timbul isu 1.2 juta orang hilang perkejaan, yang bakal hilang perkejaan adalah PENCURI, PENYANGAK, PEROGOL, PEMAKAN RASUAH dan sebagainya kerana keberkesanan kerana melaksanakan hukuman dari Alla s.w.t.


Kegagalan UMNO mentarbiyah MCA dan sekutu mereka didalam kompenan BN akan menyebabkan mereka bertambah keliru  .Ditambah pula dengan momokan dari pemimpin Umno sendiri yang lantang menbidas draft hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas membuat orang kafir dari parti kompenan bertambah berani turut serta membidas hukum Allah ini .

Kepada Najib  Tun Razak apakah kamu lupa bahawa kamu dan kita semua  akan dipersoal oleh Allah s.w.t kenapa membiarkan negara menggunakan undang yang bercangah dengan ketetapan Allah.. Sebagai ketua orang islam di negara ini lagi berat tanggungan yang mahu dijawab oleh anda di hadapan Allah nanti.

Maka selepas ini dengan sikap sambil lewa membiarkan orang bukanislam menghina agama sendiri esok kita dapat melihat akan lahir lebih ramai lagi pemimpin seperti Soi Lek yang  berani menetang atau menpersenda Hukum Hudud kerana sikap pondan Pedana Menteri yang bernama Najib  bin Tun Razak. ~ sini

 BVSK







10/04/12

Tengok gambar menarik Najib Pakai tudung !!



Belum terlambat bagi aku mengucapakan taniah kepada memanda Pedana Menteri yang aku benci sekali di atas perlantikan diri beliau sendiri sebagai pemangku jawatan menteri hal ehwal jaga  orang betina. .."ishh kalau aku sayang beliau baek aku jadi ahli umNO".

Perlantikan dirinya memangku jawatan menteri jaga betina terpaksa dibuat oleh dirinya sendiri selaku orang nombor satu negara kerana penjawat sebelum ini telah terpalit satu scandal yang mengemparkan Lembu lembu seMalaysia. Bekas Menteri yang menjaga  hal  ehwal wanita ini pun sebenarnya naik memegang jawatan tersebut pun setelah mendapat satu tiket ehsan  dari Memanda Pedana Menteri untuk di lantik menjadi senator , setelah beliau kecundang ditangan  anak Anwar al jubori pangilan yang sinonim oleh puak puak umNO/BN di Parlimen Lembah Pantai .

Oleh kerana sekor lembu membawa lumpur maka tepalit semua kotoran di atas bahu umNO dan BN sehingga menjadi liability kepada parti pemerentah.   Ekoran serangan  , pembongkaran demi pembongkaran  oleh puak pembangkang serta di tokok tambah rasa tidak kepuasan hati sesetengah ahli umNo sendiri maka dengan rasa berat hati beliau ( Kak Ijat ) mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Menteri jaga orang Betina ,Keluarga dan Masyarakat .Tetapi Kak Ijat masih mempertahankan jawatan Ketua Wanita dalam parti umNO.( Pelikan !! )

Bebalik kepada kisah jawatan yang bakal si galas oleh Memanda Pedana Menteri  aku rasa ini merupakan satu sejarah baru Malaysia kerana ia di pikul oleh seorang lelaki dan ini manunjukan seolah olah umNO/Bn seperti ketandusan pelapis wanita untuk memangku jawatan tersebut .

Mungkin  Memanda PM  kesuntukan masa untuk melantik dan mencari betina betina lain bagi mengisi kokosongan jawatan yang di tinggal oleh Mantan Menteri yang terpalit dengan scandal lembu kerana dalam percaturan mindanya PRU 13 telah hampir tiba maka lebih baik beliau memangku jawatan itu sementara waktu yang pendek itu.

Sekalung taniah  sekali lagi kerana telah mencatitkan guinness malaysia records kerana menjadi seorang lelaki pertama memegang jawatan hal ehwal orang betina dan keluarga. Good Luck moga berjaya.


** kredit gambar menarik yang aku jumpa dalam Facebook  untuk santapan kiki kikik...














Info sikit sini  ## desas desus angin penbubaran parlimen kemungkinan besar cuti sekolah bulan june ini bersiap sedia lah anda . **

11/02/12

Bekas KP Ikim mahukan respons Majlis Fatwa kisah Najib“menggadai akidah”

Najib dan Rosmah malukan Thaipusam dengan pertunjukan kalungan bunga yang memualkan

SHAH ALAM - Datuk Dr Ismail Ibrahim menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan maklum balas rasmi berhubung pendirian Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak telah “menggadai akidah” apabila menghadiri sambutan Thaipusam, Selasa lalu.

Bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia ini berkata, jawapan rasmi terhadap "fatwa" yang dibuat Harussani harus disegerakan kerana ia mungkin mengelirukan umat Islam jika tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan seterusnya disahkan Majlis Raja-raja sendiri.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, isu seberat ini tidak mungkin dilihat sebagai satu perselisihan pendapat atau perbezaan pandangan sahaja seperti perbezaan pentafsiran dalam hal-hal ranting dalam agama Islam.

"Hal akidah bukan lagi merupakan masalah kecil seperti masalah perbezaan mazhab dalam beberapa hukum cabang yang dikenali sebagai masalah Furu' bukan masalah usul. Hal akidah adalah merupakan hal iman, Islam seseorang," kata beliau dalam entri terbaru dalam blognya.

Menurut laporan media semalam, Harussani melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Najib hadir pada upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun, namun perdana menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya.- - SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud