ARTIKEL SEBELUM

11/02/12

Bekas KP Ikim mahukan respons Majlis Fatwa kisah Najib“menggadai akidah”

Najib dan Rosmah malukan Thaipusam dengan pertunjukan kalungan bunga yang memualkan

SHAH ALAM - Datuk Dr Ismail Ibrahim menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan maklum balas rasmi berhubung pendirian Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak telah “menggadai akidah” apabila menghadiri sambutan Thaipusam, Selasa lalu.

Bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia ini berkata, jawapan rasmi terhadap "fatwa" yang dibuat Harussani harus disegerakan kerana ia mungkin mengelirukan umat Islam jika tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan seterusnya disahkan Majlis Raja-raja sendiri.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, isu seberat ini tidak mungkin dilihat sebagai satu perselisihan pendapat atau perbezaan pandangan sahaja seperti perbezaan pentafsiran dalam hal-hal ranting dalam agama Islam.

"Hal akidah bukan lagi merupakan masalah kecil seperti masalah perbezaan mazhab dalam beberapa hukum cabang yang dikenali sebagai masalah Furu' bukan masalah usul. Hal akidah adalah merupakan hal iman, Islam seseorang," kata beliau dalam entri terbaru dalam blognya.

Menurut laporan media semalam, Harussani melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Najib hadir pada upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun, namun perdana menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya.- - SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud