ARTIKEL SEBELUM

3/12/12

Hadoi !! kenapa najib pening kepala dengan keputusan ini ??



Hari ini buka Sinar harian online  ada perkara menarik yang penulis lihat iaitu keputusan undi yang di buat oleh Sinar Online diantara BN dan Pakatan Rakyat dan hasil yang di perolehi dari pengundian pembaca memihak kepada Pakatan Rakyat didalam semua jenis soalan pengundian.

Walaupun ini hanya bancian  dari Akhbar Sinar harian dan bukan mewakili  dari pengundi sebenar tetapi sedikit sebanyak  membuat kepala Najib Tun Razak pusing dan pening .

Terbukti satu contoh ketara kepala najib pusing dan pening  ialah belum pernah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia tarikh pembubaran parlimen menghampiri keakhir mandat pemerentahan,  mandat kerajaan BN hanya berbaki 4 bulan  sahaja tetapi masih belum kedengaran tarik keramat pembubaran dewan rakyat yang sangat di tunggu tunggu oleh orang ramai.


Selepas kejutan pada PRU12 yang di gelar 'Tsunami politk " susaana politik Malaysia dilihat agak panas dan bergelora. Dari pembentukan kerajaan oleh kompenan BN  sehingga la kesaat ini  senario politik sentiasa panas.Saban hari ada sahaja isu isu  yang  timbul dari semua parti politik.

Berbalik kepada keputusan yang di capai pada pengudian dalam sinar online walaupun ia memihak kepada Pakatan Rakyat dan mengembirakan penyokong  tetapi harus diingat ini hanyalah bancian  semata mata.

Kepada penyokong PR Jangan syok sangat akan keputusan pengundian ini,Biarkan Najib dan grombolannya pening kepala yang penting kita semua terusukan perjuangan dengan mempertingkatkan lagi keazaman dan gerak kerja parti  untuk menghadapi hari pengundian yang sebenar.

Kepada penyokong PR Ayuh jangan kita toleh kebelakang , gerakan kerja parti anda semaksima yang boleh dengan tujuan yang satu iaitu untuk menjatuhkan Umno/BN  Kerana pada pru 13 ini peluang dan pontensi untuk Pakatan Rakyat menawan Putra Jaya di lihat  bergitu cerah.

Akhir sekali jangan sekali kali kita alpa akan permainan licik musuh  dan menganggap Umno/Bn itu lemah.Sesungguhnya  Umno itu sungguh licik dan pandai dalam permaian politik. mereka mempunyai segalnya dari kewangan,media,penggunaan jentera kerajaan dan sebagainya yang akan di gunakan untuk memanupulasikan PRU13 ini.









 


 
×

×

×

×
×

×

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud