ARTIKEL SEBELUM

19/09/15

‘Dia nak jadi imam tu’

SHAH ALAM - "Dia nak jadi imam tu," itu reaksi Imam II Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim susulan insiden dia ditampar oleh seorang lelaki dipercayai berketurunan Arab ketika solat Jumaat hari ini.

"Saya ingatkan sangkut bacaan, tengok-tengok terus dia datang dan tampar.

"Dia nak jadi imam kot rasanya," kata Mohd Zuhairee dalam sebuah video yang dikongsi netizen di laman sosial.



Sementara itu, memetik laporan Astro Awani, Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Yusof Ahmad berkata, lelaki itu dipercayai bergerak mencelah beberapa saf ketika jemaah lain sedang bersolat sebelum menampar Zuhairee yang memimpin solat, memaksa solat dihentikan.

"Saya ingat Imam tersangkut pada bacaannya. Secara tiba-tiba entah dari mana lelaki Arab itu muncul dan terus menampar Imam", jelasnya.

Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri keluar dari dewan solat utama sambil melaung-laungkan perkataan berbahasa Arab, bagaimanapun tersadung pada tripod kamera sebelum ditangkap oleh jemaah yang berhampiran.

Dia seterusnya dibawa oleh beberapa jemaah dibantu anggota pengawal keselamatan masjid ke pondok pengawal sementara menunggu pihak polis tiba.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud