ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label muktamar pas kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muktamar pas kelantan. Papar semua catatan

14/06/10

'Jangan ambil ringan propaganda Umno'

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini menggesa pemimpin parti itu supaya tidak mengambil ringan hakisan Melayu sokongan terhadap parti Islam itu dan persepsi yang ia mengabaikan akar umbi Melayu.

Bercakap sewaktu sesi penggulungan muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa Kelantan, Nasruddin mengingatkan bahawa adalah satu kesilapan sekiranya PAS menganggap propaganda lawan politiknya - Umno - mengenai perkara itu, tidak memberi sebarang kesan.

Nasrudin berkata, sejak 2008 hingga sekarang, PAS semakin kehilangan sokongan orang Melayu, khususnya berkaitan hubungan PAS dengan DAP sehingga ada yang mendakwa parti itu menjadi boneka DAP dan telah meninggalkan perjuangannya.

Menurut Nasrudin lagi, perang psikologi Umno itu mempengaruhi tanggapan NGO Melayu terhadap PAS.

Atas alasan itu, kata Nasruddin, parti harus merapatkan dirinya dengan NGO dan masyarakat Melayu bagi membetulkan salah tanggapan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS akan melancarkan gerakan mendaftar ahli dan pengundi baru (Gempa) untuk mendekati masyarakat dan memperluaskan sokongan terhadap parti itu.

13/06/10

PAS mahu tanding lebih banyak kerusi di Pulau Pinang

09060500 Muktamar Tahunan PAS Ke 56

Oleh Muda Mohd Noor

PENGKALAN CHEPA: PAS Pulau Pinang mahu bertanding lebih banyak kerusi negeri dan parlimen dalam pilihan raya umum akan datang selaras dengan pertambahan penduduk Islam di negeri itu.

"Ketika ini 44 peratus penduduk Pulau Pinang adalah terdiri daripada orang Melayu," kata wakil PAS negeri Rosli Husin ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Ke 56 di sini hari ini.

Menurut Rosli, kesediaan PAS itu juga kerana tiada perjanjian khusus mengenai pembahagian kerusi di antara Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang.

"Ini bermakna kerusi yang sekarang ini ditandingi oleh parti lain dalam Pakatan Rakyat tidak semestinya tidak boleh ditandingi oleh PAS," ujar beliau.

Beliau berkata, Pulau Pinang kini mempunyai 40 kerusi negeri, daripada jumlah itu 25 kerusi majoriti bukan Melayu dan 15 kerusi majoriti Melayu. Daripada jumlah itu, PAS menang satu kerusi, Parti Keadilan Rakyat menang tiga," katanya.

Sementara itu, wakil Melaka, Ahmad Ismail hari ini memuji Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dengan menyifatkannya sebagai seorang yang berilmu yang tidak boleh dipertikaikan.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta Nasharuddin menyanggah fikiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kalau begitu barulah ada pertembungan pemikiran antara Umno dan PAS dan barulah rakyat boleh membuat penilaian.

"Saya yakin orang Melayu, orang Cina dan India akan berteduh di bawah rimbunan PAS," katanya.- FMT

PAS tidak tukar prinsip biar pun tewas

PAS sebuah parti yang paling konsisten di negara ini biar pun banyak kali kecundang dalam pilihan raya namun tidak pernah menukar dasar parti itu semata-mata bagi meraihkan kemenangan.

Perwakilan Dewan Ulamak PAS Pusat, Mokhtar Senik berkata, PAS akan hancur sekiranya dasar parti itu ditukarkan semata-mata bagi meraihkan kemenangan pilihan raya.

"Tetapi alhamdulillah PAS tetap kekal dengan dasarnya dan tidak berubah walaupun mengalami jatuh dan bangun dalam politik. Kalau berjuang selain daripada Islam kita akan hina.

"Kita berjaya membawa perubahan dengan prinsip Islam. Kita perkenalkan Islam di tengah-tengah masyarakat umum. Kita dedahkan kepada mereka mengapa perlu sokong PAS. kita memberi ilmu kepada rakyat, sebarkan hujah berdasarkan kepada ilmu," katanya ketika membahas ucapan dasar presiden, pada muktamar hari ini.

Beliau juga berkata, ada orang Islam takut hendak sokong PAS kerana terpengaruh ajaran sesat yang disebarkan Umno.

Katanya, sebab itu kita perlu membuat taklimat, penerangan dan diskusi mengenai kehebatan Islam. Kita perlu terangkan bahawa Islam itu adil. Dan InsyaAllah akhirnya mereka boleh terima.

Kata beliau juga kejayaan PAS mendekati orang bukan Islam menyebabkan Umno menjadi kepanasan dan takut sehingga mereka cuba mempengaruhi orang ramai bagi mengelirukan mereka.

Beliau berkata, Umno mencanangkan kepada rakyat di seluruh negara tidak perlu lagi memberi sokongan kepada PAS kerana kononnya parti itu sudah mengubah dasar perjuangan disebabkan menerima orang bukan Islam sebagai ahli parti.

Katanya Umno mempengaruhi rakyat supaya tidak lagi menerima PAS kerana sudah terpesong berbanding asal perjuangan asal.

"Inilah sebenarnya menggambarkan Umno begitu takut dengan ilmu sehingga mampu memberi kefahaman lebih jelas kepada rakyat. Umno takut hujah ilmu yang ada mampu menentang kebatilan," katanya.

Beliau juga menganggap ucapan dasar presiden PAS semalam bertepatan dengan situasi semasa lanskap politik tanah air yang semakin mencabar sekarang dengan mengenegahkan Islam adil untuk semua.-hrkah

12/06/10

Muktamar PAS lulus 6 usul

KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS Ke-56 hari ini meluluskan enam usul, dua daripadanya dibawa Jawatankuasa PAS Pusat dan masing-masing satu daripada Dewan Pemuda PAS, Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan satu usul yang digabungkan dari beberapa kawasan PAS.

Kelulusan sebulat suara usul-usul itu diumumkan Timbalan Pengerusi Tetap,
Hussin Ismail.

Usul pertama mengenai pindaan perlembagaan dibentangkan Setiausaha Agung PAS
Datuk Mustaffa Ali manakala usul kedaulatan negara oleh Naib Presiden Salahuddin
Ayob.
Usul ketiga mengenai penghapusan lesen judi sukan dibawa wakil Dewan Pemuda
PAS Ahmad Fadhli Shaari manakala usul keempat mengenai pemerkasaan parti oleh
wakil Dewan Ulama Syed Abdul Kadir Al-Joofre.

Usul terakhir mengenai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dibawa
perwakilan Jerantut, Dr Hamzah Jaafar.

Mengenai pindaan perlembagaan, Mustaffa mengusulkan supaya anggota parti
tidak lagi perlu membayar RM5 untuk menyertai mana-mana Dewan Pemuda, Muslimat
dan Ulama selepas ini.

Selain itu, anggota yang menyertai Lembaga Tatatertib parti tidak lagi
dianggotai mereka yang memegang jawatan dalam parti.

"Ini membolehkan anggotanya benar-benar bebas," katanya. - BERNAMA

Umno-BN Amal Politik Cara Gengster ?

Oleh Suraaya Hulaimi

PENGKALAN CHEPA 12 Jun - PAS menganggap Umno-Barisan Nasional tidak mempunyai seni dalam menjalankan pemerintahan negara kerana sentiasa menggunakan pendekatan kekerasan ke atas seteru politik mereka.

"Dalam masalah politik kita rela tidak bersama dengan Melayu UMNO kerana politik mereka tidak ada seni, sikit-sikit ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), sikit-sikit tukar pejabat, tukar pegawai, dia tak ada seni pemerintahan.

"Dia tak tahu bagaimana cara manusia untuk sayang pada Islam, sayang pada Allah, orang Kelantan kata politik UMNO janggal, dia main kasar, ini bukan politik tapi gengstar," kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika merasmikan Konsert Naskah Cinta di perkarangan dewan PUTIK semalam.

PAS mencipta sejarah baru apabila menyelitkan hiburan berunsur dakwah dalam muktamarnya sebagai bukti PAS mengiktiraf hiburan berunsur Islam kata Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita biasa mendengar cinta kepada perempuan, cinta kepada harta tetapi kita jarang mendengar cinta kepada Allah. Ini semua disebabkan salah kita dalam menyempitkan soal cinta.

"Bagi orang Islam yang membaca buku-buku Tasauf ada menyatakan pasal cinta tetapi bukan kepada perempuan, lelaki atau harta tetapi kepada Allah, terlalu banyak caranya, melalui syair, sajak,tafsir dan pelbagai lagi supaya dapat meningkatkan rasa cinta kepada Allah.

"Selama ini kita tidak pandai mengolah cinta dalam hati kita kepada Allah kecuali kepada makhluk lain, kita perlu angkat cinta kita kepada Allah dan inilah yang paling tepat," kata beliau lagi.

Konsert Naskah Cinta yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Seni Dan Budaya PAS Pusat, Dr Dulkefly Ahmad mempersembahkan lagu-lagu nasyid oleh penyanyi Muadz, Finale, Kumpulan Dendang Anak, dikir barat dan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Islam Untuk Semua, Pas Mahu Berjaya

Slogan "Islam Untuk Semua" menyimpulkan matlamat dan halatuju Pas untuk mendirikan kerajaan yang adil, berintegriti dan dalam masa yang mendakapi kepelbagaian budaya negara ini.

Presiden Abdul Hadi Awang dalam ucaptama kepada lebih 5,000 hadirin yang memenuhi kompleks Pusat Pentarbiyahan Islam Kelantan berkata Pas perlu berganjak dari kerangka politik asabiyah yang disifatkan tidak relevan kepada perjuangan Islam dan zaman kesejagatan hari ini.



Intipati ucapan Presiden Pas ini sama-sekali mematikan semua spekulasi kerajaan perpaduan dan persekutuan antara gerakan Islam terbesar tanahair ini dan Umno-Barisan Nasional.

Hadi menegaskan Pas perlu lebih berani menongkah arus kepelbagaian, selaras dengan perjuangan sebenar Islam yang membawa mesej keadilan, kesaksamaan dan keharmonian merentas batas kaum dan budaya.

"PAS wajib menegakkan keadilan untuk semua tanpa mengira batas agama dan kaum, kerana Islam dalam cara hidupnya adalah untuk seluruh manusia sejagat. Lihatlah bagaimana keperibadian pimpinan Rasulullah SAW dan Islam generasi kegemilangan yang mencipta tamadun seluruh manusia, bermula dengan untuk umat membina modal insan dengan memenuhi ciri fitrah manusia secara menyeluruh,"

Hadi dalam amanatnya mengingatkan akar umbi dan pimpinan Pas untuk mengekalkan prinsip tahalluf siyasi atau kerjasama politik dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Hadi berkata pengalaman menunjukkan asas perjuangan dan dasar Islamik Pas boleh bergerak selari dengan Pakatan Rakyat, bahkan menganjak sokongan rakyat semua kaum dan agama kepada gerakan Islam terbesar tanahair ini.

"Pandangan yang melihat bahawa kewujudan pelbagai bangsa, budaya dan agama akan hanya lebih cenderung untuk berkonflik adalah lahir daripada fikrah barat yang mencetuskan Model Konflik dalam disiplin ilmu mereka,"

"Sebaliknya, Islam memberitahu kita bahawa kecenderungan untuk membenci kaum lain mesti diatasi dengan cara kita berlaku adil kepada semua. Semua yang berhak mesti menerima haknya. Menceroboh dan menghalang hak seseorang adalah amat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam dan keadilan inilah merupakan ciri taqwa orang yang beriman,"

Hadi turut menyerang Model Ekonomi Baru sebagai model ekonomi yang mengitar-semula dasar penswastaan dan persyarikatan perkhidmatan kerajaan masa lalu, yang membawa kepada kewujudan monopoli orang-orang elit keatas ekonomi negara.

Presiden Pas ini melahirkan rasa bimbangnya kepada MEB yang terlalu fokus kepada sistem ekonomi liberal dan mengabaikan nilai-nilai demokrasi dan tuntutan kerohanian.

"Inilah malapetaka dahsyat yang diasaskan oleh kepimpinan negara kita selama lebih dari 50 tahun diberikan amanah menjaga pemerintahan oleh rakyat. Hasilnya, kita melihat orang melayu dan Islam semakin lemah pemahaman politik mereka setelah pemikiran mereka diasak dengan pemahaman perkauman yang sempit selama puluhan tahun,"

"Dalam aspek ekonomi pula, pemilikan ekonomi yang sebenar dan seimbang tidak berlaku kerana harta negara menjadi modal pusingan di kalangan sesama pemimpin mereka sahaja. Rakyat terus menerus dihimpit oleh pelbagai skandal yang melangsaikan harta negara. Kawasan blok minyak negara yang bernilai ratusan billion ringgit pula diserah milik kepada orang lain sebagai bahan pertukaran,"

"Dalam aspek pendidikan pula, anak-anak yang menjadi penyambung zuriat dan bakal mewarisi negara pula dihadapkan dengan berbagai eksperimen pendidikan yang tidak membawa mereka ke mana-mana,"

Mendengar ucapan Presiden Pas adalah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, dan bekas Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim.

Muktamar kali ini turut menyaksikan kehadiran pemimpin Hamas dari Palestin, Hezbollah dari Lubnan dan MILF dari Filipina.-tvs

11/06/10

Ucapan Kumutha jadi tumpuan perwakilan

KOTA BHARU, Ucapan Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS, Kumutha a/p Rama, menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati apabila beliau sering mengaitkan agama dalam ucapannya.

Kerana semangatnya yang melahirkan rasa syukur berada dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam bersama kepimpinan ulama, kedengaran anggota perwakilan bertakbir.




















Kumutha dalam ucapan penangguhannya menegur sikap muslimat sewaktu muktamar yang kadang-kadang agak riuh rendah khususnya sewaktu membahaskan usul.


Menurutnya, sebagai seorang muslimat etika perlu dijaga.

“Sebagai seorang muslimat kita kena sabar, bukankah sabar itu separuh daripada imam,”ujarnya sambil disambut takbir oleh para perwakilan.

Sambungnya, agama Islam memang diakui baik dan murni kerana itu nilainya perlu dijaga oleh para ahli.
“Saya tinggal di Johor, saya dapati kaum muslimat ramai menutup aurat berbanding golongan lain yang tidak mengikuti jemaah ini,” ujarnya.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan anggota parti jangan terpengaruh dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana mereka ada udang di sebalik batu.

Katanya, jangan sekali-kali terpedaya dengan Umno yang tidak pernah jujur, berfikir dulu sebelum bertindak.

Beliau turut mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini membuat slogan Satu Malaysia.

“Sebelum slogan tu Malaysia ada banyak ka? Satu ni je Malaysia,” ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh para perwakilan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapan penggulungan mencadangkan perwakilan dan pemerhati mengekalkan pakaian rasminya hijau putih.

Menurutnya, keseragaman pakaian itu menandakan kesepakatan dalam perjuangan Islam.
“Walaupun warna lebih kurang pelajar Pasti tak apalah, asalkan kita ada identiti kita dan perpaduan dan kesatuan dalam parti,” ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika menggulung ucapannya, mengharapkan anak bongsu PAS dapat membantu melebarkan perjuangan PAS di seluruh negara.

Sambungnya, untuk itu Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu diwujudkan di setiap negeri dan kawasan di seluruh negara.

Katanya, warna hijau lembut menggambarkan keceriaan dan bukannya kanak-kanak Pasti.
“Kumutha pun boleh pakai baju warna ni ya,” ujarnya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud