ARTIKEL SEBELUM

13/06/10

PAS mahu tanding lebih banyak kerusi di Pulau Pinang

09060500 Muktamar Tahunan PAS Ke 56

Oleh Muda Mohd Noor

PENGKALAN CHEPA: PAS Pulau Pinang mahu bertanding lebih banyak kerusi negeri dan parlimen dalam pilihan raya umum akan datang selaras dengan pertambahan penduduk Islam di negeri itu.

"Ketika ini 44 peratus penduduk Pulau Pinang adalah terdiri daripada orang Melayu," kata wakil PAS negeri Rosli Husin ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Ke 56 di sini hari ini.

Menurut Rosli, kesediaan PAS itu juga kerana tiada perjanjian khusus mengenai pembahagian kerusi di antara Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang.

"Ini bermakna kerusi yang sekarang ini ditandingi oleh parti lain dalam Pakatan Rakyat tidak semestinya tidak boleh ditandingi oleh PAS," ujar beliau.

Beliau berkata, Pulau Pinang kini mempunyai 40 kerusi negeri, daripada jumlah itu 25 kerusi majoriti bukan Melayu dan 15 kerusi majoriti Melayu. Daripada jumlah itu, PAS menang satu kerusi, Parti Keadilan Rakyat menang tiga," katanya.

Sementara itu, wakil Melaka, Ahmad Ismail hari ini memuji Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dengan menyifatkannya sebagai seorang yang berilmu yang tidak boleh dipertikaikan.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta Nasharuddin menyanggah fikiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kalau begitu barulah ada pertembungan pemikiran antara Umno dan PAS dan barulah rakyat boleh membuat penilaian.

"Saya yakin orang Melayu, orang Cina dan India akan berteduh di bawah rimbunan PAS," katanya.- FMT

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud