ARTIKEL SEBELUM

2/11/15

Vape masih tidak tepati syarak


Image result for vape

IPOH - Meskipun tidak mendatangkan kerosakan dalam aspek kesihatan, rokok elektronik atauvape masih dianggap tidak menepati syarak kerana memerlukan seseorang itu berbelanja atas perkara tidak berfaedah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, penetapan sesuatu hukum haram itu hanya berlaku apabila ia dijelaskan sendiri oleh hukum syarak.

“Benda kalau tak boleh, tak bolehlah, apa faedahnya vape, kalau tidak merosakkan, tetapi berbelanja atas perkara tidak berfaedah...ia tetap tidak dibenarkan oleh syarak,” ujarnya ketika ditemui pada Karnival Ukhuwah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) 2015 di sini, semalam.

Katanya, penggunaan vape belum boleh disifatkan sebagai haram sekiranya kajian menyeluruh berhubung perkara itu belum dimuktamadkan.

Menurutnya, bagaimanapun mengambil contoh penggunaan racun yang ditetapkan haram, dengan dos tertentu diberi doktor untuk tujuan mengubati, ia boleh jadi harus.

“Kalau benda tu haram, ia boleh jadi harus dalam keadaan darurat, begitu juga (sesuatu itu) tak boleh jadi haram kecuali ditetapkan hukum syarak.

“Jika masih dalam kajian…macam mana nak kata haram…itu bukan kesimpulannya…tak boleh kata haram jika belum selesai,” katanya mengulas mengenai keputusan Kabinet untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak.- SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud