ARTIKEL SEBELUM

31/10/15

Azmin: Bukan saya luluskan tiga lebuh raya baru itu

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah untuk pembinaan tiga lebuh raya bertol di negeri itu belum muktamad.

Katanya, kelulusan ketiga-tiga lebuh raya baharu Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), Sungai Besi-Ulu Klang (Suke) dan East Klang Valley Expressway (EKVE ) ketika ini dibuat secara prinsip.

Ini kerana, kata Azmin kelulusan diputuskan ketika pentadbiran bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Untuk makluman ketiga-tiga lebuh raya itu tidak diluluskan ketika saya menjawat menteri besar. Ia diluluskan secara prinsip sebelum ini.

"Media sosial laporkan kononnya ketiga-tiga lebuh raya baharu itu diluluskan dalam tempoh setahun saya jadi menteri besar sedangkan ia dan diluluskan menteri besar sebelumnya," katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Mengulas lanjut, Azmin bekata beliau akan memberikan penjelasan teperinci berhubung pembinaan lebuh raya itu pada minggu hadapan dalam Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Ketiga Belas yang bermula Isnin depan hingga 13 November.

“Minggu depan kita adakan sidang media untuk menjelaskan perkara berkenaan lebuh raya. Apa yang saya nyatakan di sini adalah dasar kerajaan negeri hari ini adalah menetapkan kerajaan pusat mesti menerima pakai Seksyen 20A,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata pembangkang tidak mampu menunaikan janji untuk memansuhkan tol yang dibuat pada manifesto pilihan raya.

Isu tol hangat dibahaskan selepas tol di 18 lebuh raya di Lembah Klang naik mulai 15 Oktober lalu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian dilapor meminta Azmin menjelaskan dakwaan bahawa beliau meluluskan tiga projek lebuh raya di negeri itu tanpa memaklumkan kepada parti.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud