ARTIKEL SEBELUM

5/08/15

Pengarang Sarawak Report tidak gentar waran tangkap, anggap ‘mengarut’

Pengarang dan pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown semasa berbicara secara dalam talian di forum yang diadakan di Petaling Jaya bulan Mac lepas. – Gambar The Malaysian Insider, August 4, 2015.

Pengarang dan pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown berkata, beliau tidak gentar dengan tindakan polis Malaysia yang mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman hari ini mengeluarkan waran tangkap dan mengharapkan bantuan Interpol menahan Rewcastle-Brown yang merupakan warga Britain.

Namun Rewcastle-Brown berkata, tindakan pihak berkuasa itu "mengarut'.



"Saya menggeletar ni... sebenarnya tidak," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Katanya, tindakan pihak berkuasa Malaysia baru-baru ini membuatkannya menjadi perhatian media dan beliau tidak mungkin akan memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana sebab itu.

Katanya, tindakan pihak berkuasa menunjukkan Malaysia menuju ke arah menjadi "negara gagal".

"Jika mereka mahu jadikan Malaysia tergolong dalam kategori negara bermasalah, negara gagal, inilah laluan yang harus diambil," katanya.

Waran tangkap dikeluarkan hari ini, kira-kira seminggu selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata kerajaan mungkin akan mengekstradisi Rewcastle-Brown dari UK.

Beliau sepatutnya disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, satu undang-undang yang digunakan secara meluas dalam menahan dan mematahkan gerakan aktivis baru-baru ini.

Laman sesawang Sarawak Report disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mulai 19 Julai kerana didakwa menggugat kestabilan negara.

Sejak awal tahun ini, Rewcastle-Brown menyiarkan beberapa siri pendedahan terhadap syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pemimpin yang terlibat termasuk Najib. –

: http://www.themalaysianinsider.com

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud