Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diserbu polis hari ini.
Langkah itu dipercayai berkaitan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.
Sekurang-kurangnya lima kenderaan, termasuk empat kereta polis, dilihat meninggalkan ibu pejabat polis daerah (IPD) pada jam 6.45 petang dan kini berada di luar pejabat bahagian itu di Menara Prisma, Putrajaya.
Beberapa orang pegawai polis berpakaian biasa dipercayai telah memasuki bangunan itu.
Jurucakap SPRM sebelum ini memberitahu pemberita di luar IPD itu bahawa tiga pegawainya disoal siasat berhubung kebocoran itu sehingga 6.45 petang.- mkini