ARTIKEL SEBELUM

17/06/15

Rafizi: 'PKR sudah dapat keputusan cuma...'


 PR


PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan bahawa PKR sudah menemui jawapan mengenai pendirian parti itu berkenaan isu hubungan dalam Pakatan Rakyat‎.

Namun, ujarnya masih terdapat sedikit kelompongan yang perlu diperbincangkan dan diperhalusi.

‎"Kita sudah ada mesyuarat yang panjang dan sudah dapat keputusan cuma... ada beberapa perkara yang perlu dirundingkan dan dibincangkan sedikit lagi," katanya kepada pemberita selepas selesai mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR lewat malam tadi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, parti akan mengeluarkan kenyataan rasmi sedikit masa lagi.

‎"Parti akan keluaran kenyataan dalam masa yang difikirkan sesuai, ‎yang lain itu semua dalam ilmu ALLAH," katanya.

Mesyuarat yang berlangsung hampir empat jam itu turut melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan beberapa orang lagi pemimpin kanan PKR.

Bagaimanapun kelibat Timbalan Presiden PKR , ohamed Azmin Ali tidak kelihatan.

‎Hanya Rafizi yang menjawab pertanyaan media, pemimpin yang lain enggan mengulas.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud