ARTIKEL SEBELUM

17/06/15

PR tidak lagi wujud 'Dulu kahwin, kini cerai tapi masih kawan'


Ia muktamad. Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Tetapi bagaimana hendak menggambarkan bekas pakatan pembangkang itu.

Ditanya mengenai perkara ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyamakan gabungan itu sebelum ini sebagai "perkahwinan poligami" melibatkan tiga parti.

"Sekarang kami bercerai tetapi masih kekal berkawan.

"Ini juga memberikan kami ruang untuk kahwin semula salah satunya kemudian," katanya kepada Malaysiakini.

Naib Presiden PKR dan MP Pandan itu menjelaskan bahawa perbezaan sekarang ialah ketiga-tiga parti tidak lagi terikat konsep konsensus dan dasar polisi bersama seperti yang dipatuhi dalam Pakatan.

Sementara itu, PKR hari ini turut mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formal tetapi status quo di Selangor dan Pulau Pinang kekal.

Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata atas “semangat dan permuafakatan” gabungan itu sebelum ini PKR juga akan terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Azizah juga mengakui mereka kesal dengan sikap dua sekutunya – PKR dan DAP – sebelum ini.

“(PKR) menyatakan rasa kesal atas usul yang diterima tanpa bahas di muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah mengumumkan penamatan riwayat Pakatan yang kami anggap tindakan tergesa-gesa.

“Ekoran dari itu, gabungan politik Pakatan tidak lagi berfungsi secara formal,” katanya lagi.

Azizah juga berkata PKR akan terus merintis usaha-usaha membina permuafakatan parti politik, NGO, kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh berpengaruh untuk menumbangkan BN.

Azizah membuat pengumuman itu hasil daripada mesyuarat biro politik PKR yang bermesyuarat semalam.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud