ARTIKEL SEBELUM

17/06/15

'Tak apa, itu pandangan DAP', kata Azmin

KOTA BHARU - Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan DAP tentang tiada lagi wujud Pakatan Rakyat yang membentuk kerjasama antara PKR, Pas dan DAP, hanya pandangan DAP.

"Tak apa, itu pandangan yang dikemukakan DAP. Kalau nak tanya pandangan saya, rujuklah kenyataan Presiden (PKR) (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) semalam," katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Mohamed Azmin yang enggan mengulas lanjut, berkata PKR telah membuat pendiriannya iaitu melalui Presidennya.

Dr Wan Azizah dalam kenyataannya semalam berkata semakan semula bentuk kerjasama itu perlu dilakukan untuk memperkukuh kesemua parti dalam pakatan itu selaras dengan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa PKR melihat keperluan mendesak untuk menyemak semula bentuk kerjasama kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud sesuai dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat DAP dalam mesyuaratnya semalam. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud