ARTIKEL SEBELUM

23/05/15

Empat program TV kegemaran Tok Guru

SHAH ALAM - Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gemar menonton empat program TV termasuk gusti‎ dedah anak sulungnya, Nik Mohamad Abduh.

Menurutnya Allahyarham akan menonton gusti pada masa rehat kira-kira 30 minit sebelum tidur.

“Ayah tengok TV. Ada 3 yang dia gemar. Nombor satu, dia suka tengok National Geografic... cerita tentang haiwan. Kedua bola sepak. Kalau bola sepak tempatan...Kelantan main... lama sikit dia depan TV. Mat Salleh... dia tak ada (pasukan kegemaran). Itu cerita fasal bola yang dia tengok ketika waktu rehat selepas Isyak, makan dan nak tidur.

“(Tapi) yang nombor satu, beritalah. Berita dunia. Berita yang pukul 8 dia tak tengok sebab lepas Maghrib kan, dia kuliah di masjid.

“Yang paling pelik sekali, ayah saya tengok gusti. Ini daripada dulu lagi. Saya pun ‘eh ayah aku minat gusti’. Dia akan tengok dalam 15 minit hingga setengah jam,” ceritanya pada program Bicara Murabbi Ummah: The Untold Story, di sini, hari ini sempena 100 hari pemergian bekas Menteri Besar Kelantan itu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud