ARTIKEL SEBELUM

4/03/15

Penjara halang Anwar ke Parlimen

 

Jabatan Penjara Malaysia menolak permohonan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir sidang Dewan Rakyat mulai minggu depan.

Salinan surat ketua pengarah penjara memaklumkan keputusan itu disampaikan kepada Yang Dipertuanya Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini, lapor portal penyokong kerajaan BNBBC.

Laporan itu menyebut surat itu sebagai menjawab permohonan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah untuk membolehkan Anwar menghadiri persidangan mulai Isnin depan.

"Salinan diberikan kepada yang dipertua Dewan Rakyat untuk tindakan lanjut dan (untuk) pengetahuan pihak-pihak berkenaan.

"Ia berikutan Anwar kini tertakluk akta, peraturan dan prosedur Penjara Malaysia," laporan itu dipetik.

Portal berita pro-Umno Agenda Daily juga memuatkan berita ini dan ia kemudiannya ditweetkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Speaker dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan, lapor BNBBC lagi.

Jabatan Penjara semalam menegaskan semua banduan, termasuk Anwar, mendapat layanan yang sama selaras dengan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara.

"Sebarang layanan istimewa daripada kakitangan penjara akan diambil tindakan," timbalan pengarah dasar kepenjaraan Supri Hashim dipetik sebagai berkata.

Bulan lalu, Anwar dihukum penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Bagaimanapun, keanggotaannya di Dewan Rakyat masih kekal sementara menunggu keputusan Lembaga Pengampunan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud