ARTIKEL SEBELUM

5/03/15

Mokhzani Mahathir letak jawatan SapuraKencana atas ‘sebab peribadi’

Datuk Mokhzani Mahathir yang meletakkan jawatan daripada SapuraKencana Petroleum merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia, menurut majalah Malaysian Business baru-baru ini. – Gambar Youtube CPCUPM, 4 Mac, 2015. 

Datuk Mokhzani Mahathir hari ini melepaskan jawatannya sebagai naib pengerusi syarikat minyak SapuraKencana Petroleum Berhad, memberikan alasan "sebab peribadi".‎

Anak kedua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan antara pengasas SapuraKencana selepas syarikat minyaknya, Kencana Petroleum bergabung dengan SapuraCrest pada 2012.

Majalah Malaysian Business bulan lalu meletakkan Mokhzani ke dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia, dengan tambahan nilai sebanyak RM1.59 billion dalam tempoh setahun.-TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud