ARTIKEL SEBELUM

12/01/15

Southampton buat kejutan benam Man United 1-0

 


MANCHESTER: Pemain gantian, Dusan Tadic muncul wira Southampton dengan jaringan tunggal membantu pasukan menewaskan Manchester United 1-0, awal pagi tadi.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh 27 tahun The Saints berjaya menang di Old Trafford dan melonjak memintas tuan rumah pada tangga ketiga Liga Perdana Inggeris.

Ketika perlawanan tampak seakan-akan mahu seri Tadic menceriakan pelawat dengan gol pada minit ke-69 hasil daripada tindakan susulan selepas rembatan terdahulu daripada Graziano Pelle terkena tiang dengan penjaga gol, David De Gea tertewas. - Agensi

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud