ARTIKEL SEBELUM

9/11/14

Utusan kritik si 'angkuh' Adnan Yaakob

 

Utusan Malaysia hari ini menyerang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob selepas di didakwa memperlekeh Anwar itu ekoran laporannya berkaitan kebanjiran warga asing di Cameron Highlands.

Malah, tanpa menyebut pangkat “Datuk Seri” dalam tulisan itu, Utusan mengkritik “keangkuhannya” terhadap media, malah secara tidak langsung menyarankannya bersara secara sukarela.

“Setakat ini, tiada tanda Adnan mahu bersara secara sukarela, seolah-olah tiada pemimpin lain di Pahang yang layak.

“Maka eloklah Awang peringatkan ungkapan bahasa Inggeris, Don't overstay your welcome (usah terlebih daripada yang dimahukan), yang beliau lebih arif maksudnya,” tulis Awang Selamat.

Tulisan berjudul “Hebat Sangatkah Adnan” itu juga, tanpa menafikan peranan dan kerja keras Adnan, berkata ramai berpendapat BN di Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13.

Menurut kolumnis itu, Utusan sebelum ini menerbitkan laporan khas tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di Cameron Highlands.

Adnan kemudian dikatakan marah dan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud