ARTIKEL SEBELUM

10/11/14

Allahyarham selalu hadir kuliah saya - TG Abdul Hadi

 



KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar yang meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

"Saya ucap takziah kepada keluarganya, saya hargai khidmatnya.

"Allahyarham seorang yang pernah hadiri kuliah saya pada tahun 80 hingga 90-an ketika saya buat kuliah bulanan di Masjid Mujahidin. Semoga Tuhan memberi rahmat kepadanya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Bernama melaporkan, Allahyarham Tan Sri Mohd Bakri meninggal dunia kira-kira pukul 8.45 pagi ini akibat kanser.

Beliau berusia 66 tahun.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di No 10, Jalan Aman Perdana 5U/KU5, Taman Aman Perdana, Meru, Klang.

Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak dan memulakan perkhidmatan sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971.

Beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 5 November 2003 sehingga Sept 2006, menggantikan Tan Sri Norian Mai. 

- HARAKAHDAILY

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud