ARTIKEL SEBELUM

15/10/14

Puting beliung landa Kedah



 


ALOR SETAR - Penduduk Kampung Alor Besar, Kobah, Pendang dekat sini gempar apabila kampung mereka dilanda puting beliung sehingga mengakibatkan lebih 10 buah rumah dan sebuah sekolah rosak dalam kejadian pada petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, satu pusaran puting beliung dilihat di kawasan sawah padi dan menuju ke kawasan perumahan di kampung tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Alor Besar, Norzizan Jaafar memberitahu, pusaran angin puting beliung itu amat menakutkan terutama ketika ia dilihat menghampiri kawasan kampung.

"Saya mendengar bunyi kuat seperti bunyi helikopter sebelum ternampak satu pusaran angin menghala ke kawasan kampung.

"Dari jauh saya nampak zink berterbangan di kawasan pusaran angin itu," .

Kata beliau, penduduk kampung yang ketakutan terus masuk ke dalam rumah sehingga puting beliung hilang kira-kira 20 minit selepas itu.

"Ini merupakan pertama kali kejadian puting beliung berlaku di sini," ujarnya.

Sementara itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Pendang, Ishak Omar berkata, kejadian hanya melibatkan kerosakan harta benda dan tiada laporan mengenai kemalangan jiwa. -









posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud