ARTIKEL SEBELUM

7/08/14

Pakatan lebih penting dari Khalid

 

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, kelangsungan Pakatan Rakyat perlu lebih diutamakan berbanding masa depan politik Tan Sri Khalid Ibrahim.

MP Gelang Patah itu menegaskan demikian melalui satu kenyataannya yang menyebut, tarikh 10 Ogos bukan tarikh penentu untuk masa depan Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi ia lebih penting bagi masa depan Pakatan Rakyat.

Katanya, keputusan mesyuarat penting oleh DAP dan PAS pada hari itu akan menentukan sekiranya Pakatan dapat meneruskan agendanya di Malaysia.

“Hari Ahad, 10 Ogos bukanlah hari penentu yang apa sangat bagi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai meneri besar Selangor, tetapi lebih penting bagi Pakatan Rakyat yang berusia 10 tahun...,” katanya.

Beliau juga melihat bahawa keyakinan masyarakat ke atas Pakatan Rakyat banyak terjejas selepas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu memutuskan agar menteri besar Selangor ditukar.

Perkembangan ini juga disifatkannya sebagai krisis paling buruk sejak gabungan parti itu ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.

Kenyataannya itu muncul susulan pergeseran yang berlaku di kalangan pemimpin PKR, dan juga penentangan terbuka dari PAS ke atas rancangan menyingkirkan Khalid dari jawatan menteri besar.

Lim berkata, Pakatan boleh terselamat dari krisis ini sekiranya semua pemimpinnya berpegang teguh pada dasar yang disepakati bersama.

Selain Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Jawatankuasa PAS Pusat juga akan bermesyuarat pada hari Ahad ini berhubung pendirian parti itu.

Bagaimanapun, Majlis Syura Ulamak yang dipimpin mursyidul am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudahpun membuat ketetapan hari ini agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar.

Lazimnya, Jawatankuasa PAS Pusat tidak akan membuat keputusan yang bertentangan dengan ketetapan oleh badan tertinggi dalam parti Islam itu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud