ARTIKEL SEBELUM

7/08/14

Tan Sri Khalid Ibrahim belum pasti mengadap JK Disiplin PKR

 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak pasti lagi sama ada akan menghadap Lembaga Disiplin PKR atau tidak esok.

Bagaimanapun beliau tetap akan menulis surat jawapan bagi membalas panggilan parti yang mahukan beliau menjelas beberapa isu yang didakwa masih tidak dijelaskan Khalid.

"Saya akan menjawab surat itu lepas habis program saya jawab dan surat itu jadi buat masa ini saya tak nak beritahu apa jawapan saya," kata beliau ketika ditemui di majlis solat hajat di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata surat itu akan ditulis sebelum jam 10 pagi, masa yang ditetapkan pengerusi lembaga disiplin parti, Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Tan hari ini meminta Khalid hadir ke ibupejabat PKR jam 3 petang esok bagi menjelaskan beberapa isu yang melanda diri beliau.

Isu tersebut adalah:

1. Penstrukturan air Selangor
2. Elaun baru menteri besar Selangor
3. Kenaikan cukai bagi lesen perniagaan
4. Pinjaman Khalid dengan Bank Islam
5. Cadangan lebuh raya baru KIDEX

Lembaga disiplin PKR hari ini mengarahkan Khalid tampil memberi penjelasan berhubung isu kontroversi yang menyebabkan timbul gesaan agar beliau disingkirkan dari jawatannya.

Pengerusi lembaga tersebut Datuk Tan Kee Kwong berkata Khalid perlu menghadiri mesyuarat lembaga disiplin itu di ibu pejabat parti, jam 3 petang esok atau tengah hari Sabtu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud