ARTIKEL SEBELUM

7/08/14

Isu hutang Bank Islam, Ecoworld: Rafizi cabar Khalid saman

KUALA LUMPUR 7 OGOS: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mencabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil tindakan saman terhadapnya berhubung isu  penyelesaian hutang Menteri Besar Selangor itu dengan Bank Islam.

Rafizi berkata, tindakan Khalid membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memadai kerana integriti badan itu yang sukar dipercayai.

rafizi_pkrhq
“Oleh sebab itulah, saya tidak hairan beliau menghantar laporan KEADILAN kepada SPRM kerana beliau sendiri tahu sukar untuk SPRM mengambil sebarang tindakan terhadap beliau.

“Rakyat juga tidak akan lupa bahawa dalam kes penyelewengan dana NFC pun, SPRM dari awal-awal lagi mengumumkan bahawa ia bukan rasuah dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil tidak bersalah,” katanya.
Menurut Rafizi, sehingga kini Khalid tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah terhadap beliau dan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ekoran dakwaan itu.
“Saya percaya, ini kerana beliau tidak mahu memberi keterangan bersumpah di mahkamah mengenai perjanjian rahsia beliau dengan Bank Islam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Semalam, setiausaha sulit Khalid, Mohamad Yazid Bidin, membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat isu berkenaan seperti didakwa KEADILAN sebelum ini.
Rafizi berkata cara terbaik bagi Khalid adalah mendedahkan secara terbuka terma perjanjian antara beliau dan Bank Islam yang membolehkannya tidak perlu membayar sebanyak RM70 juta secara tiba-tiba.
Rafizi juga menuntut Khalid menjelaskan kenapa syarikat dikuasai Tan Sri Rashid Manaf , Ecoworld Berhad mendapat manfaat beratus juta ringgit daripada kerajaan negeri dalam tempoh sebulan selepas hutangnya diselesaikan di luar mahkamah pada 13 Februari 2014.
Rashid adalah orang tengah yang merundingkan penyelesaian hutang berkenaan dan merupakan bekas peguam kepada Tun Daim Zainuddin.
Pada 19 Mac, Ecoworld membeli 308.72 ekar tanah daripada Tropicana Corporation Berhad yang sebelum itu dibeli daripada  kerajaan negeri Selangor.
Manakala pada 25 Mac, Khalid menandatangani MOU dengan syarikat itu bagi menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa bernilai RM591 juta.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud