ARTIKEL SEBELUM

16/08/14

Isu MB S'gor: Keputusan PAS esok, umum atau tidak

TEMERLOH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meminta semua pihak menunggu sehingga esok berhubung pendirian parti itu terhadap kemelut itu Menteri Besar Selangor.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada PAS perlu mengumumkan atau tidak siapakah yang dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor ekoran krisis yang berlaku kini.

"Tunggu esok, perlu umum atau tidak, itu hal rumahtangga PAS," ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2014 di padang awam Taman Temerloh Jaya, di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mohamad pada sidang media itu enggan menjawab beberapa andaian mengenai kemelut Menteri Besar Selangor selepas PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu pada 9 Ogos lalu.

Ekoran pemecatan itu, PKR telah memilih presiden parti yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

Lajnah Politik PAS Pusat yang mesyuarat Khamis lepas bagaimanapun tidak menyentuh langsung soal calon menteri besar.

Ditanya adakah penolakan PAS terhadap Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon menteri besar atas faktor jantina, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikannya.

"Bukan sebab jantina. Kita dah maklum kepada PKR...kenapa kita tu... tapi saya tak akan dedah," katanya. - HARAKAHDAILY

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud