ARTIKEL SEBELUM

16/08/14

'Umno tak mahu campur pentadbiran S'gor

 


Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu tidak ingin mencampuri pentadbiran negeri Selangor bawah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan ADUN Umno menyertai kabinet Selangor sebagai anggota exco.

"Kita tak masuk campur urusan pentadbiran Selangor. Kita serahkan kepada mereka (pentadbiran sedia ada)," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa wakil Umno mungkin dilantik ke kabinet Khalid untuk membentuk kerajaan minoriti, sekiranya empat exco PAS sedia ada meletak jawatan.

Krisis politik di Selangor kini berlarutan selepas Khalid memecat lima orang exco dari DAP dan PKR yang enggan menyokong beliau dalam krisis tersebut. Seorang lagi anggota exco, dari PKR, mengumumkan meletak jawatan, Khamis.

Tengku Adnan juga menegaskan bahawa Umno menyokong Khalid kerana tidak mahu isu bekalan air terus dijadikan modal politik PKR.

"Kita utamakan kepentingan rakyat. Kalau ada kepimpinan baru kita takut akan ada masalah dengan air.

"Kita takut mereka akan politikkan isu air di Selangor. Kita mengutamakan kepentingan rakyat, dan kita mahu mereka selesa," kata Tengku Adnan.

Tindakan Khalid menandatangani perjanjian penstrukturan semua industri air juga menjadi atara sebab pemecatannya dari PKR, Sabtu lalu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud