Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa krisis politik di Selangor yang berlarutan disebabkan oleh cita-cita ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
Beliau mendakwa, pengaruh Anwar ke atas negeri paling kaya di Malaysia akan membolehkan bekas orang kepercayaannya itu menguasai MP BN untuk berpaling tadah dan seterusnya membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.
“Jangan fikir dia hanya mahu jadi menteri besar, bagi Anwar jawatan itu tidak penting...
“Anda boleh buat pilihan raya baru, tapi saya tidak fikir ia akan menyelesaikan masalah jika Anwar tidak menjadi perdana menteri.
“Jika Anwar jadi perdana menteri untuk sebulan, saya fikir barulah dia akan berpuas hati.
"Tapi kemudian dia tidak akan lepaskan jawatan...,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai pandangannya ke atas krisis menteri besar Selangor.- Mkini