KUANG - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi kenyataannya untuk terus menerajui kepimpinan Selangor sehingga dua atau tiga tahun lagi dengan penuh tanggungjawab.
Beliau menyatakan ‘seronok’ bekerja untuk rakyat dan akan menamatkan amanah rakyat untuk berehat dengan cucu-cucunya beberapa tahun akan datang.
“Saya akan menjadi menteri besar, kalau tidak diganti saya akan teruskan. Tapi penggantiannya diluluskan oleh Dun,” katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Sungai Serai, semalam.
Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata, beliau sejak awal lagi teguh dengan pendirian menyertai PKR bagi meneruskan reformasi dan membantu rakyat.
“Tugas sebagai menteri besar akan diteruskan dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah. Saya tidak (terasa hati). Ini adalah politik dan saya masuk PKR kerana reformasi. - SH