ARTIKEL SEBELUM

23/07/14

Tol Sunway KESAS Terbakar - Gambar

Sebuah lori  membawa muatan tanah merah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas kira- kira jam 4 petang semalam.

Dua kenderaan yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori berkenaan . Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut berjaya menyelamatkan diri.

Pemandu Lori yang melanggar tol berkenaan dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir dua kilometer.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, akibat rempuhan, lori terbabit terbakar bersama tiga kenderaan yang dilanggarnya.

"Pemandu ketiga-tiga kereta berkenaan termasuk seorang jurutol yang sedang bertugas di plaza tol berkenaan sempat menyelamatkan diri," katanya.

Difahamkan jurutol berkenaan bersama dua pemandu yang cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat kecederaan yang dialami. Manakala pemandu lori berkenaan tidak dapat dikesan dipercayai melarikan diri.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba Penchala dan Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh 10 minit," katanya.

Menurut Mohd Sani, kerugian dianggarkan mencecah RM400,000.






posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud