ARTIKEL SEBELUM

11/06/14

JPP minta Azmin Ali tampil perjelas dakwaan

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan memanggil Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk tampil ke hadapan bagi menjawab dakwaan rasuah yang dikemukakan terhadap beliau.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata, penjelasan diperoleh dari Azmin akan membantu memperkukuhkan siasatan yang dibuat oleh pihak JPP terhadap kes ke atas beliau.

"Akan berlaku pertemuan di antara Azmin dan JPP dalam masa terdekat, tidak adil rasanya untuk tidak mendengar pandangan pihak yang terlibat.

"Dengan penjelasan yang diperoleh, ahli panel yang mendengar dan menyiasat dakwaan terbabit akan mengesyorkan tindakan selanjutnya bagi menyelesaikan kes," ulas beliau dalam sebuah sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Azmin sebelum ini dikatakan terlibat dalam amalan rasuah ketika berlangsungnya pilihan raya bulan lalu.

Dalam sebuah kenyataannya melalui ABN News hari ini, beliau menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan yang dikenakan ke atas dirinya serta menegaskan bahawa ianya hanya dakwaan kosong yang boleh direka oleh sesiapa sahaja.

"Pihak kami banyak menerima aduan terhadap beliau, jadi kami akan siasat satu demi satu isu yang dibangkitkan dan semuanya akan selesai tidak lama lagi," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud