ARTIKEL SEBELUM

11/06/14

Ahli Parlimen Kuala Terengganu nafi muflis

 Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menafikan dakwaan kononnya beliau diisytiharkan muflis oleh sebuah mahkamah di Terengganu hari ini seperti yang tersebar di internet.

"Saya tidak tahu menahu isu ini dan tidak pernah terima surat saman bank atau apa-apa daripada peguam pun. Jadi macam mana nak isytihar saya begitu? Kes apa? Bank mana? Projek apa?," katanya kepada Bernama menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malam ini.

Justeru katanya dakwaan tersebut tidak berasas kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau muflis.

Raja Kamarul Bahrin berkata beliau terkejut apabila mengetahui perkara itu dan hairan dengan motifnya apabila ia tersebar luas menerusi beberapa blog serta laman sosial hari ini seolah-olah mahu menjatuhkan maruah dan reputasinya.

"Insya-ALLAH saya akan buat PC (sidang akhbar) pada pukul 11.15 pagi esok di parlimen," katanya.

Pada PRU13, Raja Kamarul Bahrin yang bertanding atas tiket Pas meraih 45,828 undi menewaskan calon Barisan Nasional Mohd Zubir Embong (35,043) dan calon bebas Maimun Yusof (182) dengan majoriti 10,785 undi. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud