ARTIKEL SEBELUM

4/06/14

‘Jangan anggap rakyat Selangor bodoh’ – Gobind kepada Khalid

 
 Gobind 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo mengecam kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kontroversi Lebuhraya Kinrara-Damansara yang seperti memperbodohkan rakyat negeri itu.

Beliau mengulas alasan Khalid tentang pelaksanaan projek itu, bahawa janji menghapuskan lebuhraya bertol hanya termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat peringkat Persekutuan dan tidak terpakai untuk Selangor.

“Ianya dalam manifesto persekutuan. Kita tidak menang di peringkat persekutuan,” kata Khalid, menurut laporan The Sun 1 Jun lalu.

“Khalid tidak patut memandang rendah kebijaksanaan rakyat Selangor. Kita semua tahu yang kita tidak menang di peringkat persekutuan,” kata Gobind dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, Khalid selaku menteri besar yang mentadbir negeri Pakatan Rakyat sepatutnya mencari jalan untuk menghalang pelaksanaan projek itu yang jelas bertentangan dengan prinsip Pakatan.

“Kita menang di Selangor. Lebuhraya ini termasuk dalam Selangor dan kerajaan negeri ada kuasa besar untuk hentikannya, atau paling tidak, memberi tekanan agar kerajaan Persekutuan menangguhnya.

“Sama ada manifesto Persekutuan mahu pun Selangor, jelas bahawa Pakatan menolak jalanraya bertol, pendirian yang dipegang sejak Pilihanraya Umum (PRU) 2008 hingga 2013. Khalid tidak boleh lari daripada prinsip ini. Beliau perlu berhenti memberikan gambaran yang beliau seorang yang lemah,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Khalid memaklumkan telah mengarahkan Datuk Bandar Petaling Jaya Datin Paduka Alinah Ahmad agar menganjurkan satu sesi taklimat tertutup di antara Lembaga Lebuhraya Malaysia dengan pihak-pihak yang terlibat.

Mengulas hal itu, Gobind menggesa Khalid memberi jaminan bahawa beliau “sentiasa terbuka untuk menangguhkan projek itu” selepas mendengar bantahan yang akan disuarakan dalam taklimat itu nanti.

“Jika ia hanya ‘window dressing’ – sesi penerangan yang tidak memberikan kami apa-apa pilihan, maka ia tidak akan membantu apa-apa pun.

“Beliau juga perlu mendengar pendapat semua penduduk terutama Jawantankuasa ‘Say No to Kidex’ (SNTK), kerana mereka sememangnya berhak menyuarakan pandangan sebelum apa-apa keputusan diambil,” katanya lagi. – Roketkini.com

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud