ARTIKEL SEBELUM

2/06/14

Ini punca DAP kalah

KUALA LUMPUR: Antara faktor besar yang menyebabkan kekalahan Pakatan Rakyat (PR) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan adalah disebabkan oleh jatuhnya sokongan kaum Cina dan India, kata Ketua Strategi Pilihan Raya DAP Dr Ong Kian Ming.

Walau bagaimanapun, Dr Ong berkata PRK kali ini menampakkan peningkatan sokongan kaum Melayu yang walaupun sedikit, masih dilihat sebagai tanda positif.

“Sokongan kaum Cina untuk DAP sebanyak 15% dari 85% ke 70% dan ini adalah unjuran yang paling pesimis.

“Ini agak mengejutkan memandangkan sambutan yang positif yang diterima dari pengundi Cina semasa tempoh kempen termasuk ceramah raksasa pada hari terakhir kempen.

“Undi kaum India pula jatuh 10% dari 62% semasa PRU ke 13 ke 52% pada PRK ini, dan sekali lagi, ia unjuran yang paling pesimis.

“Jika terdapat tanda positif di dalam keputusan ini, ia adalah sedikit kenaikan dalam sokongan orang Melayu iaitu sebanyak 3% daripada 25% pada PRU ke 2013 kepada 28% pada PRK ini.

“Di dalam enam pusat pengundian majoriti Melayu, DAP mengalami kenaikan kecil dalam penyokongan keseluruhan iaitu daripada 0.7% kepada 3.4%, dan ini suatu tanda yang menggalakkan memandangkan kami tidak menjangkakan sokongan Melayu untuk meningkat," katanya di dalam satu kenyataan media.

Dr Ong berkata antara faktor lain yang menyebabkan kekalahan partinya di Teluk Intan adalah faktor kaum serta tempat lahir kedua-dua calon, janji pangkat Menteri untuk calon BN, pemberian ‘saguhati’ oleh BN, janji untuk membawa pembangunan dan kadar keluar mengundi yang lebih rendah.

“Di peringkat Kebangsaan, impak isu Hudud di kalangan pengundi Cina, isu Hindraf seperti perletakkan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri, dan tarikan PR di kawasan lain.

“Isu-isu yang harus diberi perhatian oleh pimpinan kebangsaan PR,” katanya.

Dr Ong berkata antara cabaran untuk PR adalah untuk menyediakan platform yang diperlukan untuk pemimpin muda , terutamanya dari masyarakat Melayu untuk membolehkan mereka membentangkan idea-idea kreatif dan dasar-dasar yang boleh dipercayai untuk meyakinkan pengundi muda bahawa mereka adalah lebih baik daripada BN untuk menerajui negara di masa hadapan.

“Di Teluk Intan, Dyana menyebabkan kegembiraan and keterujaan terutamanya di kalangan orang Melayu yang muda. Oleh kerana pencalonan Dyana , pelajar UiTM bercakap tentang DAP itu dan tidak semestinya dengan cara yang negatif.

“Marina Mahathir memuji Dyana kerana dapat berfikir dan menulis. Di peringkat tempatan, Dyana mendapat sambutan besar dari kalangan kanak-kanak dan juga anak-anak muda di mana-mana beliau pergi.

“Walaupun kebanyakkan mereka bukanlah pengundi, namun, mereka bakal menjadi pengundi di masa akan datang dan Dyana berada di dalam lebih kedudukan yang lebih baik untuk memenangi hati mereka,” katanya.

Beliau menambah DAP mungkin telah kalah di Teluk Intan, tetapi dengan cuba untuk memecahkan halangan kaum dan jantina, jalan baru telah dibuka.

"Saya yakin selepas pilihan raya kecil ini , lebih ramai lagi orang Melayu yang muda akan melihat DAP sebagai saluran untuk aktiviti politik mereka.

“Saya yakin bahawa lebih ramai orang muda akan menyokong perjuangan Pakatan untuk beralih daripada politik berasaskan kaum .

“Cabaran PR ialah untuk memimpin jalan menghala ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang.”

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud