ARTIKEL SEBELUM

2/06/14

Yammy tak kisah dipanggil 'pengkhianat'

 

Yammy Samat, ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, tidak kisah dengan kenyataan gabungan penulis blog Umno yang hari ini sekali lagi mendesak supaya beliau dipecat daripada Umno.

Gabungan itu kecewa dengan Yammy, yang merupakan seorang ahli Umno, kerana berkempen untuk anak perempuannya itu yang mewakili DAP bertanding dalam pilihan raya kecil Teluk Intan menentang BN.

"Itu terpulang kepada Majlis Tertinggi Umno tentukan kedudukan saya. Terpulang pada mereka,: katanya kepada Malaysiakini.

Yammy mengulangi pendirian bahawa beliau akan kekal dalam Umno.

"Tetapi jika Majlis Tertinggi Umno tidak mahu saya lagi, maka tiada apa lagi yang boleh saya buat," katanya.

Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz (kanan) hari ini menggesa supaya Yammu dipecat, dua hari selepas BN berjaya menawan semula kerusi Parlimen Teluk Intan.

Tun Faisal, yang merupakan seorang penulis blog utama Umno, mengeluarkan satu kenyataan yang disokong oleh 44 penulis blog yang pro-BN yang menuduh Yammy sebagai "pengkhianat".

Mengenai kekalahan Dyana, Yammy berkata, beliau tidak tahu mengapa anaknya kalah pilihan raya kecil itu, tetapi menegaskan bahawa beliau hanya menemani anaknya berkempen.

"Saya tidak tahu mengapa orang India dan Cina tidak menyokong anak saya.

"Saya hanya temani anak saya berkempen. Saya menemaninya sebagai seorang ibu," katanya.

Ditanya mengenai anaknya itu, Yammy berkata: 'Saya percaya anak saya adalah seorang yang kuat." - Mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud