ARTIKEL SEBELUM

9/05/14

Wanita MCA pula buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Wanita MCA semalam membuat laporan polis berhubung hasrat PAS membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Setiausaha Agungnya, Ooi Siew Kim berkata usul yang akan dibentangkan di Parlimen itu bakal menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama, seterusnya mengancam dan menjejaskan ketenteraman rakyat secara umum.

"Tindakan PAS ini telah mengakibatkan kerisauan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat terutamanya kaum wanita," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira pukul 4 petang.

Kelmarin, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Kelantan bersedia membawa usul rang undang-undang persendirian di Parlimen selewat-lewatnya November ini.

Beliau berkata draf undang-undang itu telahpun siap dan majoriti rakyat bukan Islam di Kelantan turut menyokong pelaksanaan hukum hudud. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud