ARTIKEL SEBELUM

9/05/14

PAS K'tan tak ganjak walau ditentang

 

Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mahmood menegaskan pihaknya tidak akan berganjak untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 walau ditentang hebat DAP dan MCA.

Beliau turut mengakui ada halangan dan tiada kata sepakat dalam Pakatan Rakyat namun ia tidak menjadi masalah besar kerana perkara itu masih dalam proses penjelasan terperinci untuk memberikan pemahaman, lapor Sinar Harian hari ini.

“Ini peringkat permulaan, memanglah bukan sahaja DAP dan MCA yang berkeras tidak mahu hudud malah orang Islam sendiri pun takut kerana ramai masih tidak memahami perkara sebenar.

“Kita tidak berasa ini sebagai ancaman terhadap usaha Kelantan, yang telah mendapat sokongan Umno untuk melaksanakan hukuman hudud di negara ini.

“Kita tidak akan berganjak dan teruskan usaha membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen nanti," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Beliau mengulas pendirian MCA yang akan membincangkan semula kedudukan parti itu dalam BN, jika Umno terus menyokong perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud