ARTIKEL SEBELUM

21/05/14

Fhoto -Kecoh lelaki ceroboh sidang Dun P Pinang
















Sidang Dun Pulau Pinang hari ini gamat apabila sekumpulan lelaki menceroboh masuk ke dewan dan menggesa Adun Seri Delima, RSN Rayer memohon maaf kerana menggelar pemimpin Umno dengan perkataan kesat.

Kumpulan itu yang diketuai Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Nordin memasuki dewan kira-kira jam 2.15 petang.

Mereka menunggu beberapa minit, namun disebabkan Rayer tiada dalam dewan, mereka keluar sambil memberi tempoh kepadanya agar berbuat demikian dengan segera.

''Kami akan menunggu Rayer depan Dun sehingga dia datang," katanya.Mereka menjerit bertanyakan di mana kerusi RSN Rayer. |

Bantahan itu ekoran kenyataan Rayer, wakil rakyat Seri Delima daripada DAP yang menggelarkan seorang pemimpin Umno negeri sebagai celaka.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud