ARTIKEL SEBELUM

22/05/14

Dyana bukan ancaman BN, hanya sedikit Melayu sertai DAP, kata Khairy

Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak melihat Dyana Sofya Mohd Daud‎ sebagai ancaman kepada ‎Barisan Nasional (BN) kerana calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan itu hanyalah sebilangan kecil Melayu yang menyertai DAP.

Ketua pemuda Umno itu berkata BN tidak sesekali berasa tergugat dengan Dyana kerana Datuk Mah Siew Kong adalah orang tempatan yang mampu memenangi pilihan raya kecil (PRK) itu.

"Kami tidak terjejas buat masa ini. Saya tidak lihat ribuan orang Melayu menyertai DAP‎. Dyana hanyalah seorang daripada bilangan yang sangat sedikit golongan muda Melayu sertai DAP."Ini tidak mengancam kami dan apa yang penting di Teluk Intan, kami membawa calon berkredibiliti dari parti kami," katanya semasa sesi bertemu pengundi di Menara Condong malam ini.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Mah menganggap dirinya sebagai calon underdog meskipun beliau adalah anak tempatan di kawasan itu.

Katanya, BN hanya memiliki peluang sekitar 45% untuk memenangi PRK kali ini dan sokongan pengundi Cina perlu dipertingkatkan.

Pada sidang media sama, Khairy berkata walaupun DAP menampilkan calon muda untuk berdepan dengan Mah, tetapi presiden Gerakan itu dapat memberikan apa yang diperlukan oleh penduduk Teluk Intan.

Katanya, pengundi muda pada hari ini lebih bijak membuat pertandingan dan tahu siapakah yang lebih layak untul dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

"Apa yang dia (Dyana) buat, itu masalah dia. Saya fikir kami ada calon yang boleh menang dan calon yang orang di Teluk Intan tahu boleh membawa perubahan di kawasan ini.

"Tak semestinya calon muda akan mendapat sokongan orang muda. Itu cuma andaian sahaja. Saya percaya anak muda di Teluk Intan akan melihat kepada kedudukan keseluruhan," katanya.

Mengulas mengenai Dyana Sofya diganggu oleh pemuda yang mengenakan ‎logo BN semasa sedang berkempen, Khairy berkata perkara itu akan disiasat secara teliti oleh parti.

Katanya, Umno sentiasa mengingatkan penyokongnya agar tidak menganggu kempen parti lawan.

"Saya ada baca laporan. Kita akan buat siasatan. Pertamanya kita kenal pasti dan sahkan bahawa yang kacau adalah Pemuda BN dan bukan orang yang menyamar.

"Jika Pemuda BN, kita akan ambil tindakan kerana kita dah beritahu jangan kacau calon lawan. Kita bertanding cara anak jantan.

"Tiada tempat untuk bertindak liar atau sebagai samseng," katanya. TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud