ARTIKEL SEBELUM

6/04/14

Pembuat pinger ragu isyarat detik di Lautan Hindi milik MH370

Laporan semalam mengatakan kapal peronda China yang menyertai pencarian pesawat MH370 mengesan isyarat detik di selatan Lautan India dan satu serpihan besar yang terapung berhampiran diterima dengan berhati-hati oleh pengeluar pinger, kata CNN hari ini.

Anish Patel, presiden Dukane Seacom, yang menghasilkan bateri dalam dua kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777- 200ER, memberitahu penyiar antarabangsa bahawa tahap keraguan beliau adalah tinggi, selepas mendengar laporan sebuah kapal peronda China mengesan isyarat detik tunggal di Lautan Hindi.

"Tahap keraguan saya tinggi ...perlu mendapatkan pengesahan. Saya ingin melihat beberapa aset diletakkan di kawasan itu dengan segera... mungkin beberapa pelampung sonar dalam air di lokasi itu, "kata Patel."(Saya) juga ingin memahami mengapa bukan dua isyarat. Perlu ada beacon kedua daripada sama ada perakam data penerbangan atau perakam suara...jadi jika perakam berada bersebelahan atau berhampiran antara satu sama lain atau dalam jarak dekat yang berpatutan... satu (1.6km) atau dua batu (3.2km), mereka sepatutnya mengesan kemungkinan dua isyarat."

AFP melaporkan hari ini pihak berkuasa Australia yang mengetuai operasi pencarian multinasional terhadap pesawat ini juga menasihatkan keperluan berhati-hati ke atas pengumuman itu, menekankan belum ada pengesahan kaitannya dengan pesawat MH370.

"Saya dimaklumkan satu siri bunyi dikesan kapal China di kawasan carian," Angus Houston, ketua penyelaras Pusat Agensi Penyelarasan Bersama di Australia, berkata dalam satu kenyataan.

"Bagaimanapun, tidak ada pengesahan setakat ini yang mengatakan isyarat dan objek itu berkaitan dengan pesawat yang hilang," kata ketua marshal udara bersara itu.

"Ciri-ciri dilaporkan adalah konsisten dengan kotak hitam pesawat," kata beliau sambil menambah beberapa objek putih yang dijumpai kira-kira 90km jauh.

Patel memberitahu CNN: "Tambahan aset diperlukan di dalam air di kawasan itu supaya kita boleh menyokong sebelum harapan semua orang meningkat, sebelum kita mengecewakan keluarga-keluarga ini sekali lagi. Kita perlukan sokongan."

Satu pengesan digunakan oleh kapal peronda Haixun 01 yang mengesan isyarat sekitar 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

Patel berkata jumlah isyarat adalah betul. "Tetapi ia adalah nombor yang betul ... mendengar 37.5kHz ... hebat."

Xinhua juga melaporkan, sebuah pesawat tentera udara China ternampak beberapa objek terapung putih di kawasan pencarian.

Berpuluh-puluh kapal dan pesawat dari 26 negara berlumba-lumba mencari perakam kotak hitam sebelum baterinya kehabisan, Reuters , hari ini.

Ia melibatkan sehingga 10 pesawat tentera, tiga jet awam dan 11 kapal yang mencari di segenap 217,000 persegi km kawasan lautan terpencil, 1,700 km dari Perth, lokasi yang dipercayai penyiasat Boeing itu terhempas.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan masalah mekanikal sebagai penyebab kehilangan pesawat, tetapi mengatakan bukti, termasuk komunikasi yang terputus, menunjukkan ia sengaja dialihkan beribu-ribu kilometer daripada laluan ditetapkan iaitu dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Peralatan sonar pada dua kapal yang menyertai carian itu boleh membantu mencari kotak hitam suara dan data perakam yang merupakan kunci bagi menjawab segala apa yang berlaku dalam pesawat itu.

Pihak berkuasa Australia berkata, alat yang digelar “Tower Pinger Locator” akan ditarik di belakang kapal tentera laut HMAS Ocean Shield bagi pencarian khusus di kawasan 240 km dengan kapal peronda hidrografi British

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud