ARTIKEL SEBELUM

6/04/14

SPR khianati Melayu untuk menangkan Umno

 Fuziah-Salleh



KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah mengkhianati orang Melayu dengan niat jahat untuk memenangkan Umno dalam Pilihan raya.

Katanya, cadangan undi mengikut kaum seperti disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah bukti jelas ia dilakukan untuk memastikan kemenangan Umno.

“Ini cara Umno untuk menang dan mereka menggunakan orang Melayu,” “Mereka kekalkan kuasa, besarkan kuasa Umno untuk mendapat banyak undi. Mereka gunakan Melayu, tapi bila senang mereka akan tinggalkan Melayu dalam kemiskinan, biarkan Melayu merana.

“Bila pilihan raya mereka ambil Melayu balik, bagi BR1M, bagi macam-macam supaya Melayu terhutang budi dengan Umno,” jelasnya menambah cadangan itu memarakkan isu perkauman.
Sementara itu, beliau turut membidas Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang menyokong konsep undi berasaskan kaum walaupun ia dianggap menyamai ‘dasar aparteid’.

Katanya, Isma mempunyai haluan pemikiran ekstrem yang bahaya dan ia boleh memesongkan pemikiran orang lain terhadap ajaran Islam itu sendiri.“Ini lebih bahaya dari Perkasa kerana mereka melabelkan nama Islam dan Islam menolak yang bertentangan dengan ajaran Islam. Islam tak pernah dominasi kaum , Isma adalah rasis dan hanya berselindung di sebalik Islam,” kata Fuziah ketika dihubungi.

Sebelum ini, bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Rahman mengakui amalan gerimander selama lapan tahun pentadbirannya dalam badan itu adalah untuk mengukuhkan kuasa Melayu.

Bagaimanapun, Pengerusi Bersih, S Ambiga ketika itu mengatakan persempadanan semula oleh SPR sebenarnya hanya untuk memastikan survival politik Umno.Febuari lalu, ahli akademik, Bridget Welsh berkata, cara persempadanan semula kawasan pilihan raya di Malaysia berunsur diskriminasi dan memecahbelahkan, dan akhirnya boleh menjejaskan legitimasi kerajaan sendiri.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud