ARTIKEL SEBELUM

20/11/13

Obama pun tak hantar isteri jadi wakil

 


MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan yang didakwa meluluskan peruntukan untuk isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Qatar menggunakan jet eksekutif baru-baru ini merupakan perbuatan memalukan.

Bercakap dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Mahfuz berkata ia menunjukkan tindakan “Kabinet yang tidak bermaruah”.

Katanya, negara maju seperti Amerika Syarikat juga tidak akan membiarkan isteri presidennya mewakili suami melawat negara tertentu dengan jet eksekutif.

"Apabila presiden US Barack Obama tidak dapat hadir ke Malaysia, beliau menghantar wakilnya ke sini. Ada dia hantar isterinya?," soal Mahfuz.

Lawatan Rosmah pada 10 November ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 itu dibangkitkan MP Gombak, Azmin Ali semalam di Dewan Rakyat

Lawatan itu menjadi topik perbincangan hangat di Dewan Rakyat pada hari Isnin lalu selepas dibangkitkan MP Gombak Azmin Ali yang mendakwa ia dibuat menggunakan jet eksekutif dan ditanggung oleh kerajaan.

Shahidan yang menjelaskan isu tersebut di Dewan Rakyat memberitahu bahawa lawatan "demi kepentingan negara" tersebut diluluskan oleh Kabinet.

Shahidan tidak mengesahkan atau menafikan bahawa lawatan itu menggunakan jet eksekutif.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud