ARTIKEL SEBELUM

20/11/13

ADUN sambut baik pengumuman guna rizab RM430j

Beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat yang ditemui menyambut baik pengumuman Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa kerajaan akan menggunakan RM430 juta dari wang rizab untuk pembangunan tahun 2014.

Antaranya, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Azmin Ali berkata yang berkata pengumuman itu sekurang-kurangnya meredakan kebimbangan apabila perbelanjaan pembangunan dikurangkan dari RM633 juta kepada RM624 juta tahun depan.

NONE
"Walaupun terdapat sedikit penurunan dalam perbelanjaan pembangunan, tetapi jika kita melihat secara menyeluruh (termasuk perbelanjaan rizab) amaun yang lebih besar," katanya yang gembira dengan jumlah keseluruhan RM1.055 bilion yang diperuntukkan untuk pembangunan tahun depan.

ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata beliau bagaimanapun ingin melihat butiran untuk peruntukan tambahan RM430 juta yang diumumkan tersebut sebelum menyokong untuk meluluskannya.

"Saya tidak mahu mengulas sekarang tetapi kami mengalu-alukan rancangan untuk menggunakan sebahagian daripada rizab, " katanya.

NONE
Turut senada dengannya ialah ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman yang berpuas hati dengan jumlah bajet yang diumumkan tersebut, walau ia melibatkan pengurangan dari RM633 juta yang diperuntukkan tahun ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, usaha untuk menggunakan rizab berkenaan bagaimanapun perlu dijalankan dengan tertib dan diiringi dengan pernyataan bertulis katanya.

Sementara itu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San berkata, beliau juga berpuas hati kerana pengumuman berkenaan menunjukkan memorandum yang dihantar kepada menteri besar sebelum ini menunjukkan kesan.

Namun, Lau berkata beliau enggan mengulas lebih lanjut kerana ingin melihat hasilnya terlebih dahulu. - mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud