ARTIKEL SEBELUM

21/11/13

Menteri kesihatan cedera ringan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera ringan di bahagian leher apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Pedas-Linggi, malam ini.

Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata ketika kejadian kira-kira 8.30 malam, Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 November di negeri itu.

Beliau berkata Subramaniam yang juga timbalan presiden MIC kini mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah dan keadaan beliau adalah stabil.

"Setakat ini tahu cedera ringan dan beliau sedang dapatkan rawatan lanjut... jika ada apa-apa serius kita akan bawa beliau untuk rawatan susulan di Hospital Besar Melaka," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud