ARTIKEL SEBELUM

15/10/13

LEMBU MENGAMUK !!

Gambar menarik hari ini bila mana sekor lembu mengamuk   kerana kelalaian petugas, mujur tidak berlaku kejadian buruk dan akhirnya lembu itu berjaya dikorbankan.



Akhir sekali penulis nak ucapakan selamat menyambut eidu adha kepada semua pembaca . Dan  selamat menjalani ibadah qurban.




Haram beri upah daging korban



Kuala Lumpur: Isu pemberian daging korban sebagai upah yang semakin hangat dibincangkan di internet, turut mendapat perhatian tokoh agama yang menegaskan hukumnya haram.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata daging berkenaan tidak boleh diberikan sebagai upah kepada sukarelawan termasuk tukang sembelih dan tukang lapah pada majlis korban yang banyak diadakan sempena Aidiladha.

Katanya, jika daging korban dijadikan upah, ia termasuk dalam entiti perniagaan kerana makanan itu menggantikan nilai wang.

“Duit (upah) diganti dengan daging, umpama daging itu galang ganti wang. Daging korban tidak boleh dijual beli... hukumnya haram. Jika tetap mahu beri upah, ia perlu dalam bentuk wang atau selain daging korban,” katanya semalam. sumber

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud