Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar ‘menjauhkan diri’ dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’.
Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA.
“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.
“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’, di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober 2013.Penganjur ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’ menyatakan, acara tahun ini fokus kepada insttusi politik dan idea-idea demokrasi.
keadilandaily