ARTIKEL SEBELUM

25/09/13

Doakan untuk Bekas MB Kedah yang kini Kritikal

anwar and azizan pc on kedah penang issues 050709 azizan 

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak kini dilaporkan berada dalam keadaan agak kritikal dan dirawat di sebuah hospital di Alor Star, Kedah.

Melalui laman sosial Facebook milik Dewan Pemuda PAS Kedah, mereka meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan beliau.

Azizan, 69, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua kakinya pada 9 Mei lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP), setelah dipindahkan dari Kedah Medical Centre (7 Mei) akibat komplikasi diabetis.

Azizan menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 13 Ogos lalu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud