ARTIKEL SEBELUM

25/09/13

3 direman dalam kes kematian pelatih PLKN

Tiga pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, di Kuantan ditahan reman bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelatih kem itu awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Supt Johari Jahaya berkata ketiga-tiga pelatih berumur 18 tahun itu ditahan reman selama seminggu.

Beliau berkata keputusan bedah siasat mendapati punca kematian Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, disebabkan pendarahan dalam kepala akibat hentakan objek tumpul.

"Dipercayai mereka yang ditahan dan mangsa terlibat dalam satu pergaduhan dan punca pergaduhan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan hari ini.

Muhammad Suhaimi, 18, ditemui rakannya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di bilik air asrama kem berkenaan pada kira-kira 12.04 tengah malam semalam.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah (HMS) di Kuantan, namun disahkan meninggal dunia sejurus sampai di hospital berkenaan.

-Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud