ARTIKEL SEBELUM

7/08/13

Tu dia Bas Percuma ke Seri Perdana

Putrajaya: Majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama anggota Kabinet akan diadakan di Kompleks Seri Perdana pada raya pertama, mulai jam 10.30 pagi hingga 4 petang.

Jabatan Perdana Menteri, dalam satu kenyataan semalam, menjemput orang ramai hadir untuk memeriahkan majlis itu dan bagi memastikan kelancaran trafik, pengunjung diminta menggunakan perkhidmatan bas percuma, Nadi Putra.
Operasi bas

Perkhidmatan bas itu akan beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Laman Perdana 1Malaysia dan Masjid Putra.

Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi berkenaan untuk menaiki bas dengan kekerapan selang 15 minit. Aidilfitri dijangka disambut esok.

Sementara itu, majlis rumah terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan akan diadakan pada 17 Ogos (Sabtu) bermula jam 10 pagi hingga 2 petang di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud