ARTIKEL SEBELUM

5/04/13

Punca Najmudin TAK BERTANDING Lagi Terbongkar!




Apakah sebab sebenar seorang BEKAS ADUN Umno yang mengumumkan tidak akan bertanding dalam plilihanraya umum tidak lama lagi?

Penasihat Agama kepada BEKAS menteri besar HARAM Perak, Najmudin Elias Al Hafiz yang mengumumkan hasrat tidak bertanding kelihatan menangis teresak-esak apabila mengumumkan hasratnya

Tambah Najmuddin, keputusan itu yang dibuat atas dasar rela hati kononnya bagi membolehkannya menumpukan perhatian kepada hal ehwal agama Islam dan berdakwah.

“Saya akan memberi sokongan penuh kepada sesiapa juga calon Barisan Nasional (BN) di DUN Batu Kurau,” katanya kepada pemberita di Ipoh semalam.

Katanya, langkah beliau mengumumkan lebih awal itu juga bagi memudahkan Pengerusi BN Perak, Zambry Abdul Kadir membuat keputusan.

Beliau juga berpandangan muka baharu BN tidak akan menghadapi masalah bertanding di DUN Batu Kurau kerana kawasan itu kubu kuat BN.

Perkara itu, katanya, dapat dilihat pada jumlah undi majoriti yang diperolehinya pada Pilihan Raya Umum 2008 iaitu sebanyak 2,439 undi, sedangkan kawasan lain dilanda tsunami politik.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Najmuddin berjaya mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau dengan 7,023 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Hamid Ali yang memperoleh 4,584 undi.

Dakwanya, pengundi DUN Batu Kurau masih lagi memerlukan khidmatnya tetapi oleh kerana beberapa perkembangan menarik berlaku dalam DUN ini, ada lebih baik dia awal-awal lagi berundur kerana memegang status seorang 'ahli agama' dan reputasinya bakal terjejas sekiranya kalah.

Tindakan Najmudin patut dipuji kerana sudah mengetahui BN tidak mampu mempertahankan kuasa selepas merampas negeri ini secara haram pada 4 Februari 2009.

Rasanya inilah balasan kepada seorang ahli agama yang sanggup bersekongkol mempertahankan kuasa secara haram tanpa memikirkan apa yang akan berlaku beberapa tahun kemudian.

Tetapi, persoalan yang bermain di fikiran pengundi adalah, apakah dia benar-benar tidak mahu bertanding atau dipaksa untuk berundur ataupun sudah menghidu kekalahan di DUN tersebut?

Hanya masa yang akan menjawab segala persoalan ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud