KOTA BHARU - Dun Kelantan secara rasmi dibubarkan malam tadi selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Ia diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas menghadap Sultan Muhammad V di Istana Negeri.
Kenderaan Nik Aziz masuk keIstana Negeri pada jam 10.50 malam sebelum ketibaan kenderaan Sultan Muhammad V pada jam 11.15 selepas selesai berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran di sini.
"Dun secara rasmi dibubarkan hari ini setelah mendapat perkenan tuanku,(pembubaran) ini serentak dengan Pusat, speaker Dun akan serah watikah kepada SPR malam ini (tadi) juga", katanya pada sidang media di kediaman rasminya di JKR 10.